25 Februari 2011

Seronoknya bila Jumaat...

Dicatat oleh Cik Ina di 9:17 PG 0 ulasan
Salam...lama btullah aku tk update blog aku ni..aku sndiri pun tk tahu kenapa...aku ni bz ke??jawapannya..kadang2 bz..kadang2 tak...mcmne tu??mmg tak dinafikan aku adalah bz sikit..dah jadi PA bos..klu time dia ada kt opis, jawabnya aku ni mcm lipas kudung..klu kebetulan dia out station..rileks skitlah aku..aku sebenarnya tengah sesuaikan diri utk memikul tugas ni (tu dia ayat...hahaha)aku cubalahkan....sebenarnya hr2 aku buka blog aku ni..baca blog2 kegemaran aku tapi aku amat malas untuk update blog aku sendiri..aku tk tahu nk cerita apa..sedangkan byk mende aku nk kongsikan dengan korang..entahlah aku pun tk tahu nk cakap..hahahhah...tak nak mgaku tu yg diri sendiri dah dilanda penyakit M...harap2 penyakit ni tak melaratkan..semlm aku mc..demam...sakit 1 badan..hr ni pun paksa rela mai opis..yelah hr jumaat kan..biasanya jumaat waktu bekerja cepat skit...dan alhamdulilah bos lak tkde hr ni..leh lah aku rehat2 skit..aku rasalah badan aku sakit2 ni smpai demam ni sb aku mkn laksa lah..sbnya lepas je aku mkn tu..badan aku terus rasa lain mcm..esoknya terus tkleh bangun..kuat juga penangan laksa kan..smpaikan nk gengam tgn pun tk mampu...adooolah..my hubby dah warning pasni tkleh mkn laksa dah...sian aku...pasni klu buat laksa terengganu kena ganti gan spegetti atau mee kuning..takpelah janji dapat mkn kan...hr ni opis lengang..akak2 opis dah get ready nk kuar..aku tk laratlah nk ukur jalan lagi..badan msh tk ok..kang silap hari bulan terus tk bangun aku ni...hihihihi...

14 Februari 2011

Salam...

Dicatat oleh Cik Ina di 10:16 PG 0 ulasan
Apa khabar???sihat ke??aku cuti jumaat lepas..sb family aku dtg dr kg..biasalah kannnn...tkdelah g jalan mana2..hanya g jusco wangsa maju sb adik aku yg bongsu nk beli beg..tu jelah..sementara tu sempatlah juga aku aku siapkan felt craft untuk adik aku gan mak aku..

ni sarung hset mak aku punya..dia nk yg simple jer..mmg simple btullah aku buat untuk mak aku...
ni lak untuk adik bongsu aku..dia nk 2 biji tapi aku sempat buat 1 jer.nanti2 aku free aku akan buat lain...Yesss!!!! esok mak aku akan datang lagi umah aku..tapi dia mai sini gan driver opis dia..mak aku nk uruskan pasal pencen dia kt putrajaya..dah nk pencen rupanya mak aku ni..dah tk lama..bulan depan...mesti syokkan..pasni ayah aku ada genglah duk umah..sb dua2 dah pencen...hihihihi....mmg patut pun diaorg pencen sb nilah masa diaorg rehat....

07 Februari 2011

Kembali kepada rutin....

Dicatat oleh Cik Ina di 9:52 PG 1 ulasan
Salam dan selamat pagi.....hehehe..amacam??lama bercuti kan...syok gile beb!!!yelah cuti sapa tk mau kan..sudahnya pagi ni kemalasan nk pegi kerja..biasalah...aku pagi ni lambat skit nk warming up..otak dah beku...sekejap je dah msuk Februari kan...adooo cepatnya masa berlalu...ok ni aku nk tunjuk hasil kerastangan aku..lama gile aku tinggalkan..Felt Craft..tiba2 aku teragak nk buat balik felt craft ni..so nilah hasilnya...ni baru permulaan..baru belajar2 nk buat mcm ni..pasni leh lah frame..nnti aku akan buat yg lain lagi...seronok tau buat mende ni..kita jadi leka..

ni gambar besar skit...oklah kan budak baru nk belajar...
ni lak pestime aku buat teddy bear..mmg kelakar aku tgk muka teddy bear tu..kesian pun ada..tapi tkpe lain kali aku akan improved lagi..tangan dah keras sb lama tk pegang jarum..oklah nk smbung keja balik..keja byk ooooo..

26 Januari 2011

' Mood ' entah ke mana....

Dicatat oleh Cik Ina di 10:51 PG 0 ulasan
Salam...adoooo hari ni aku rasa tk sedap badan btul lah..kepala sakit siap pusing2 lagi..tapi aku tetap dtg opis..mungkin sb sebelum ni aku tk leh tido..terkebil2 mata aku..bila dh tk ckup tido..nilah akibatnya..sakit kepala...Mood lak mmg kelaut lah...hehehe aku ni biasalah kan pyakit M...ooh ya..aku rindu btul kt gambar kt bwh ni..pantai...gambar ni aku ambik masa otw nk balik ke KL bulan 11 thn lepas..aku tk ingat area mana..klu tk silap area2 marang gitulah..bilalah nk balik ni..kena plan btul2 sb rugi klu balik kejap2 ni..byk mende nk tawaf ni....ombak yg menderu mmg syok..nasib baik my hubby pun sukakan pantai..so bila balik ke kg aku..gerenti dan wajib kitaorg akan terjah pantai...


selain pntai..nilah makanan yg aku rindu sgt2..rojok kateh..sedap oooo...pelikkan nama dia..mmg nama pelik tapi rasa sedap...aku rasa smua org tganu tahu makanan ni..org2 luar tk tahu ni...klu tk silap aku kt tganu hrga sebungkus rojok kateh RM2..mkn sebungkus mana ckup kan..mesti nk lebih..hihihih..my hubby pun dah pandai mkn rojok kateh ni tau..yelah dah jadi sebahagian org tganu kan....
yg ni tk yah di perkenalkan lagi..smua org tahu...dapat yg fresh2..panas2 dr kuali tu mmg terbaikkkkk...huhuhu...rindunya aku...bukan pada mknan saje tp pada family juga....
TQ cik google utk gambar kerepok lekor & rojok kateh....

24 Januari 2011

Alhamdulilah....

Dicatat oleh Cik Ina di 4:01 PTG 0 ulasan
salam...lama aku tk update blog..keadaan tidak mengizinkan..yer aku bzzz skit akhir2 ni..maklumlah memangku PA..mestilah terkial2 nk buat keja PA..lain bidang tuu..tp aku cuba buat juga mana yg termampu..oh ye tadi aku ada dengar berita hottt...alhamdulilah..aku gumbira dia atas perkhabaran itu...ALLLAH maha adil...Terima kasih Ya ALLLAH kerana makbulkan doa hambaMU ini...

18 Januari 2011

Dia mai dahhhhh.....

Dicatat oleh Cik Ina di 10:33 PG 0 ulasan
Salam...hehehe..ingat apakan tadi..tulah keadaan yg aku alami semalam 17/1/11 time balik kerja..hr ni esok dan seterusnya aku tk tahulah mcmne..gerenti makin sesak..makanya hari ni aku gan my hubby g keja naik moto..yelah klu naik kereta kul brp nk smpai opis..ptg lak kul brp nk smpai umah..tk sanggup aku nk merempuh jem time ni...tulah padan muka aku juga sb beli umah area situ tapi setahun sekali jer kan..no hal punyalahhh...pembetulan...umah aku area jalan sungai tua ye so nk ke sana kena tempuhi juga tempat ni...short cut ada tapi faham2jelah time ni smua org nk lari dr kesesakan...layanjelah gambar yg tak seberapa..aku malas nk susun..belasah jelah labu....





ok..lupakan psl tu..alhamdulilah kerja kt tempat baru ni ok..mana yg mampu aku buat..aku akan buat..aku btul2 harap tahun ni adalah rezeki untuk aku dan my hubby..tension oooo..mana pegi org tnye..mmglah tu rezeki ALLAH..tapi bukan smua org yg memahami perasaan kita kan..ada juga manusia saje2 nak sakitkan hati kecik kita..maklumlah kita ni tkde anak kan...seolah kita ni tk sesempurna kehidupan diaorg..apalah yg mampu aku buat melainkan berdoa dan menangis merintih kepada ALLAH..hanya ALLAH sajalah yg tahu hati ni...(emo btul aku skrg ni...)

14 Januari 2011

Apa hebatnya SOLAT di awal waktu???

Dicatat oleh Cik Ina di 9:49 PG 2 ulasan
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.Rahsia warna oren ialah kreativiti.Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

11 Januari 2011

Penangan kekejaman ibu tiri

Dicatat oleh Cik Ina di 9:55 PG 0 ulasan
JOHOR BAHRU – Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terpaksa menanggung pedih didera dipercayai oleh ibu tirinya sejak tiga bulan lalu berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan mati di Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.
Lebih memilukan, kematian Nur Dania Qistina Nurafizan didakwa cuba disembunyikan oleh bapanya yang menghubungi bekas isterinya, Nur Aquilla Razali, 27, mengatakan mangsa mati kerana lemas selepas tertonggeng di dalam baldi di bilik air.Lelaki itu yang cemas sebaik melihat anaknya tidak bernafas kemudian membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 8.25 pagi sebelum Nur Dania Qistina disahkan mati 35 minit kemudian.Namun, bedah siasat mendapati terdapat 73 kesan lebam di seluruh badan Nur Dania termasuk muka, kaki dan badan dipercayai dipukul dengan benda keras atau tangan.Difahamkan, Nur Dania Qistina bersama kakak, Nur Dania Batrisyah, 5, dan adiknya, Danish Irsyad, 1, dibawa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah datuknya, Razali Ismail, 56, di Mersing, Johor.


Moral :- apa nk jadi gan dunia skrg..di mana perikemanusiaan..tergamak buat mcm tu kt budak kecik yg tk tahu apa2 tu..klu yer pun tu bukan darah daging sndiri..tkkanlah kena buat mcm tu..binatang pun tahu sygkan anak tau..klu dah tk sanggup nk jaga..bgtau awal2..biar mak kandung dia yg jaga...mmg aku emo sikit..sb mereka2 ni tk hargai apa yg ALLAH kurniakan pada mereka..anak tu amanah ALLAH..aku ckup sedih bila tgk kejadian ni..aku ni 4 tahun menunggu amanah dr ALLAH..hargailah apa yg ada...

10 Januari 2011

salam Isnin...

Dicatat oleh Cik Ina di 10:56 PG 0 ulasan
dah nk masuk tgahari baru aku terhegeh2 nk update blog..aku skrg bzzzz..biar bz tkpe janji hati hepi kan...sabtu ahad jadual kitaorg padat skit..byk jemputan..mcmnelah nk kurus mcm ni..hehehe..alasan tu...sabtu mlm aku g majlis kawin kwn opis kt felda villa...gambar aku tk snap pun sb segan..yelah ramai org kan..cntik kt situ..duit pun cntik gak kan...aku skrg mcm dh kena balik pyakit M ni..nk update blog pun M..baca bloglist aku..tu aku rajin..oklah nnti aku update lain...

05 Januari 2011

Tahun Baru..Azam Baru..Tempat Baru...

Dicatat oleh Cik Ina di 10:22 PG 0 ulasan
Salam...rasa masih tk lewat aku nk ucapkan Happy New Year untuk semua...mcmne gan azam baru???aku ???mestilah ada azam baru...tapi biarlah rahsia kan...alhamdulilah tahun baru ni permulaan baru bgi aku..ALLAH makbulkan doa2 aku dan permudahkan segala urusan aku..aku skrg bertugas ditempat yg baru..syukur...aku harap segala memori hitam dan sedih aku di unit lama aku nk lupakan..aku nk mulakan buku baru..biarlah p'puan mangkuk hayung tu berambus dr mata aku..cuma 1 aku tkkan maafkan dia smpai mati..angkara mulut jahanam dia..hati aku terluka dan terseksa..ahh biarlah dia melingkup gan dunia dia....unit baru ni ok..best..sempoi jer..terima kasih ya ALLAH kerana bg aku unit baru ni..aku hepi...lalalalalalalalallala....

31 Disember 2010

Iklan ini sampai 31.12.2010

Dicatat oleh Cik Ina di 6:00 PG 7 ulasan
Untuk entri baru sila scroll ke bawah.........

.

.

.


RM1500

RM1300


Kepada yang berminat..sila call 019 3463635...Jualan Lelong untuk Penapis air Bio Aura dan Premium Beautiful..harga murah dari biasa kerana kami ingin habis kan stok yg terakhir...last kopek..untuk yang berminat..penghantaran dan pemasangan percuma di sekitar Kuala Lumpur...cepat2..harga bole runding....dan YANG PALING PENTING AMAT MURAH DARI BIASA.....

30 Disember 2010

Benci..menyampah..meluat...

Dicatat oleh Cik Ina di 10:23 PG 3 ulasan

Salam...ni aku nk luahkan perasaan aku..aku dah tk tahan..dan aku ckup bersabar dah ni...selama ni apa yg mangkuk hayung tu buat aku byk senyap tapi kali ni aku dah tk sabar...apa dia ingat dia best sgt ke??blahhh lah kooo...tk yahlah ko nk tunjuk baik..smua dah tahu perangai ko tu...tkyahlah ko nk berlakon baik..sedangkan hati perut ko hijau....cuma 1 pesan aku..apa yg ko buat ALLAH tu maha ADIL..tunggu jelah pembalasan nanti....aku ni sikit punya sabar dengan tindakan mangkuk hayung ni..sb aku masih waras lagi...tk payah ko nk pertikaikan gaji aku..bukan ko yg bayar gaji aku...dan bukan aku mkn gaji ko...bangang punya mangkuk...berkat sgt ke gaji ko tu???bwk2lah bertaubat...

24 Disember 2010

Seronoknya bila Jumaat...

Dicatat oleh Cik Ina di 8:51 PG 0 ulasan
Salam...Gumbiranya hati aku bila tiba hari Jumaat..yelah sabtu ahad cuti..tambah lak aku hepi sgt2 sb family nk dtg..diaorg skrg ni on the way..hari ni pun aku half day..sabtu ahad gerenti penuh gan agenda..sb ma gan abah aku plan nk g shopping gan ziarah family kami..walaupun aku ni duk KL tapi aku segan nk g berjalan umah sedara mara..mungkin sb kitaorg tk brp rapat..alang2 ma gan abah aku nak g..aku leh lah join sekaki..ehh bukan sekaki..2 kaki...hehehhee..
ni dinner kitaorg semlm...ni aku punya....

nasi goreng kampung gan telur dadar pilihan my hubby kesayanganku...

bandung cincau utk my hubby...epal asam boi utk aku...air suam utk kami berdua...


22 Disember 2010

Selamat Hari Lahir yg ke-31...

Dicatat oleh Cik Ina di 8:58 PG 0 ulasan

Salam..aku nk wish to My Hubby...

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YG KE 31..SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI..SAYA SAYANG AWAK...

21 Disember 2010

Apakah hukum kita chat, sms, e-mail atau seumpamanya dengan bukan mahram?

Dicatat oleh Cik Ina di 9:27 PG 0 ulasan
Untuk mengetahui hukumnya haram atau bergantung pada isi kandungan mesej yang dibincangkan, jika hal yang penting atau berhajat umpamanya hal jual beli, kebakaran, sakit dan seumpamanya maka tidaklah haram.
Perkara2 yang haram ini ialah perkara2 syahwat yang membangkitkan hawa nafsu contohnya yang berlaku pada kebanyakkan muda mudi atau remaja2 sekarang dimana sms atau email atau Facebook atau Friendster atau seumpamanya menjadi alat untuk memadu kasih yang memuaskan nafsu diantara pasangan dan masing2 melunaskan keinginan dan keseronokkan semata2.
Membincangkan perkara2 lucah lebih2 lagi hukumnya adalah haram.Ada perkara yang tidak penting pun dan tidak pula membawa syahwat yang sehingga membangkitkan hawa nafsu umpamanya seorang lelaki sms bagi teka teki “selepas hari rabu hari apa?” ataupun bertanya “suka power rangers warna apa?”. Jika tanya perkara2 sebegini biasanya tidaklah sampai gelisah, keluar mani, bernafsu atau seumpamanya. Biasanya perkara2 sebegini ulamak mengatakan makruh sahaja, tidaklah sampai kepada haram.Dalam situasi ini, jika lelaki itu memang berniat menjadikan seseorng prempuan tu sebagai isteri maka harus menggunakan sms untuk menanyakan perkara2 yang perlu sahaja umpamanya hal2 pertunangan dan tidak boleh lebih kepada yang bukan perlu seperti bermanja2an dan berkasih2an sehingga timbul hawa nafsu dan seumpamanya.Jika tidak berhati2 akan mudah terjatuh kepada perkara yang dilarang sekalipun hanya melalui sms. Kita mungkin tidak berzina tetapi tanpa kita sedari kita telah menghampiri zina itu. Jika kita benar2 ikhlas ingin jadikan seseorang itu pasangan hidup kita maka ini bermakna diri kita ini sudah bersedia untuk menerima setiap kelebihan dan kelemahan pasangan kita itu.Kalau nak tahu sangat pun tentang hal2 diri bakal pasangan hidup kita itu maka sebaik2nya cubalah guna pihak yang lain umpamanya kita ini lelaki, maka kita suruhlah adik perempuan kita bermesej dengan bakal pasangan hidup kita itu, melalui adik perempuan kita itu, apa yang kita nak tahu tentang muslimah itu, kita suruhlah adik perempuan kita itu tanya. Ini lebih baik untuk mengelak dari terjerumus dalam perkara2 yang menghampiri zina. Ini sahajalah sekadar pendapat, selebihnya perlu muhasabah semula di mana salahnya atau yang mana perlu diperbaiki supaya tidak melanggar hukum syara'.Filem ketika cinta bertasbih adalah contoh terbaik bagaimana seorang lelaki yang ikhlas mencari pasangan hidupnya kerana Allah. Kita lihat tidak ada sesi perkenalan melalui sms sepertimana yang berlaku pada muda mudi sekarang, dengan berdating, couple dan sebagainya. Digambarkan skop cinta yang begitu luas, cinta pada adik, cinta pada ibu, cinta pada abang, cinta sesama saudara dan disandarkan semua cinta2 ini kepada cinta hanya pada Allah. Maka apabila cinta pada Allah melebihi segala2nya maka cintanya pada makhluk semata2 cintanya pada Allah. Apabila ingin pada seseorang wanita itu dijadikan isteri maka disampaikan hajat itu pada ibu bapa atau penjaga mereka, tidak berlaku sesi berdating atau bermesra2 seperti yang berlaku sekarang. Apabila kita ikhlas kepada seseorang maka gunakanlah cara terbaik yang dianjurkan dalam Islam. Alhamdulillah kerana masih ada filem seperti ini walaupun ada perkara yang perlu diperbaiki cuma keseluruhan filem sangat baik untuk iktibar sebagaimana filem syukur 21.Perkara couple2 seperti yang berlaku akhir zaman ini bukan berlaku pada orang yang tidak faham agama sahaja, tapi yang budak2 surau pun ada yang terlibat sama dalam perkara2 seperti ini. Berhubungan dengan istilah "couple Islamic" padahal pada hakikat sama sahaja dengan menghampiri zina. Dalam Islam tiada couple2, kalau nak couple sangat, lepas jadi suami isteri. Bila dah sah jadi suami isteri maka bercouple lah seminggu sekali pun tidak mengapa. Ni tak, bila dah sah jadi suami isteri sibuk pula nak bercerai, dulu sebelum sah jadi suami isteri sibuk nak couple.Inilah yang berlaku di universiti atau kolej2, umpamanya ajk makanan bercouple dengan ajk tarbiyah dan sebagainya, jawatan sahaja ajk surau tetapi suasana surau itu tidak masuk ke dalam hati. Menjadikan alasan untuk berdakwah tidak boleh diterima. Dakwah yang disuruh oleh Allah swt tidak sama dengan nafsu yang mempergunakan alasan dakwah. Ditambah pula dengan kumpulan2 nasyid yang menynyikan lagu2 yang bertemakan cinta sesama makhluk. Sama sahaja seperti lagu2 jiwang cinta cuma konsepnya sahaja diubah kepada konsep nasyid. Lagilah menguatkan keazaman mereka untuk meneruskan perjuangan ”couple islamic” mereka.Sebenarnya kalau sms tentang hal2 agama, atau tanya khabar atau nak berkongsi pendapat tidaklah mengapa, tidak salah pun, cuma janganlah melampaui batas pula. Kalau nak bertanya pun, cukuplah bertanya hal yang perlu sahaja, janganlah sampai ke tahap berkasih2an atau bermesra2an walau melalui mesej sekalipun. Semua orang nak suami yang soleh dan isteri yang solehah, tetapi bagaimana caranya? Caranya ialah kita usaha bentuk diri kita ini dahulu menjadi muslim yang soleh insyaAllah bakal isteri kita nanti juga di kalangan muslimah yang solehah begitulah sebaliknya. Sesuai dengan firman Allah dalam al–Quran.(Surah an-Nur ,Muka surat 352, baris ke sebelas, Ayat 26).

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)[1034].”[1034]

ayat Ini menunjukkan kesucian 'Aisyah r.a. dan Shafwan dari segala tuduhan yang ditujukan kepada mereka. Rasulullah adalah orang yang paling baik Maka Pastilah wanita yang baik pula yang menjadi istri beliau.
Wallahu’alam
 

** DiARi CiK iNa....CiK iNa DiARi...** Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez