30 Julai 2010

HSG

Dicatat oleh Cik Ina di 10:05 PG 0 ulasan
Bagi mereka yang mengalami masalah infertiliti, mereka terpaksa melalui pelbagai ujian untuk mengetahui punca atau sebab mengapa mereka gagal hamil. HSG adalah ujian yang kerap dilakukan dan ia boleh menolong menjelaskan masalah rahim dengan lebih jelas dan juga boleh menolong membuat keputusan tentang rawatan yang terbaik.

Apa itu HSG?

HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Apa yang boleh dikesan oleh HSG?
Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG dan kehamilan
Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Prosedur HSG
1.Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
2.Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
3.Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
4.Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
5.Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
6.Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.

Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.

p/s :-bergantung pd diri masing2..mcm aku..sakit ooooo...kesakitan tu msh terasa lagi...

IUI

Dicatat oleh Cik Ina di 9:40 PG 0 ulasan
Salam...hr ni aku nk bg info mgenai iui serba sedikit..byk2 takleh sb aku bukan doktor...IUI ni adalah treatment bagi mereka yg susah nk dapatkan zuriat...mcm aku nilah..dah 2 kali aku buat iui ni tapi Tiada rezeki lagi untuk kami...apa yang penting jangan putus asa dan sentiasa redha atas apa yg berlaku serta sentiasa berusaha...

Apa itu IUI?
IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination', satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan

Bagaimana IUI dibuat?
IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.

Bila dan dimana sperma akan di kumpul?
Sperma boleh dikumpulkan dirumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat diklinik.

Adakah sperma perlu di ‘cuci’ sebelum IUI?
Ya! “Sperm Washing’ perlu dibuat sebelum IUI. Ia mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sehaja ia dicuci, IUI akan dilakukan.

Adakah IUI dibuat sebelum atau selepas saya bertelur (ovulasi)?
Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36 jam selepas injeksi HCG, iaitu ubat yang bertanggung jawap untuk ovulasi berlaku. Jadi secara umumnya, IUI dibuat 6 jam sebelum ovulasi kerana sperma sebenarnya tidak tahan lama.
Ada juga doktor yang memilih untuk membuat 2 IUI dalam satu kitaran, dalam kes ini, IUI selalunya akan dibuat 12-48 jam selepas injeksi HCG dengan IUI sekurang-kurangnya 12 jam diantaranya.

Adakah jumlah sperma penting IUI?
Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Sekiranya jumlahnya lebih rendah, peluang kejayaan juga rendah. Secara umumnya, 20 juta keatas adalah ideal untuk IUI.

Adakah IUI menyakitkan?
Ia tidaklah menyakitkan tetapi anda mungkin merasa sedikit rasa tidak selesa semasa kateter dimasukkan kedalam rahim dan ketidak-selesaan ini lebih kurang sama dengan ketidak-selesaan semasa menjalani ujian PAP.

Adakah saya akan hamil selepas IUI pertama kali?
Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.

Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?
IUI secara semulajadi iaitu tanpa pengunaan ubat selalu mempunyai kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%. Tetapi sekiranya mengunakan ubat dan injeksi ditambah dengan kehadiran folikel yang berganda, kadar kejayaan boleh mencapai 30%. Jumlah sperma juga boleh menjadi penentu. Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah.Secara keseluruhan, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%.

Berapa cepat selepas IUI saya boleh mengambil ujian untuk kehamilan?
Disarankan untuk anda menunggu satu minggu selepas anda ‘missed period’ sebelum membuat ujian kehamilan.

Adakah sebarang risiko berkaitan dengan IUI?
IUI adalah prosedur fertiliti yang kurang memberikan tekanan kepada wanita kerana ia agak ringkas. Walabagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa risiko termasuk sakit perut, pendarahan dan ‘spotting’, semasa atau selepas prosedur. Terdapat juga risiko untuk mendapat penyakit kelamin sekiranya suami ada adalah pembawa kuman tersebut. Penggunaan ubatan IUI juga boleh membawa risiko seperti kehamilan kembar, triplets, atau ovarian hyperstimulation syndrome, tetapi dengan pantauan doktor yang rapi,risiko sebegini kurang terjadi.

Apakah kos untuk setiap ujian IUI?
Kos IUI adalah berbeza dari klinik ke klinik dan ia juga bergantung kepada jenis ubatan yang diberikan sebelum IUI dibuat. Tetapi umumnya ia adalah diantara RM 550-800 tidak termasuk kos ubatan.

29 Julai 2010

Lexus - Munchy's

Dicatat oleh Cik Ina di 12:20 PTG 3 ulasan
Siyes weiii aku mmg suka biskut ni..klu bg kt aku sekotak biskut ni..gerenti sekejap lesap...kt umah aku sorang jelah yg mkn sb my hubby tk layan biskut2 mcm ni...Munchy's ni Malaysia punya tau..yelah utama kan barangan Malaysia..ok apa produk negara kita..mcm biskut nilah..sedappppp....tak rugi klu korang cuba...



Penyakit paling Kronik......

Dicatat oleh Cik Ina di 9:40 PG 0 ulasan
Tgk tajuk je mesti terkujat..hihihihi yelah aku skrg dilanda penyakit paling kronik iaitu MALAS!!!!!!...entahlah..nk updated blog pun rasa berat je jari nk menaip tapi aku tetap rajin baca blog org...hari ni dah khamis..esok jumaat..yessss ni yang paling aku suka..sb sabtu ahad kan cuti..btul tak aku ckp yg aku ni kronik dah..bab kerja malas..bab cuti no 1...tapi apa nk buatkan dah nama mkn gaji...kerja kena kerja..klu tak nk mkn apa...

27 Julai 2010

Pokok beracun...

Dicatat oleh Cik Ina di 12:12 PTG 0 ulasan


Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan
keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam
di kawasan rumah,meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan
selepas membaca info ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh
dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian
sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh
kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa
maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun
yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam
mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta
dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat
bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok
hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga.

26 Julai 2010

Lamanya tak tgk blog....

Dicatat oleh Cik Ina di 2:03 PTG 0 ulasan
salam...nk petang baru terhegeh2 aku nk updates blog..lama aku tk updates blog ni..bukan apa empunya diri tk sihat..khamis gan jumaat lepas aku MC..tonsil punya hal lah..bila dia bengkak je aku akan demam..alhamdulilah aku dh ok dah skrg ni..hari ni cuma blur2lah skit sb cuti lama kan..cuti 4 hari tkde apa yg aku buat..duk umah berehat..mkn..tido...tu jelah yg aku buat...tapi mmg bestlah duk kt umah..tenang jer jiwa...aku harap pasni kesihatan aku akan bertambah baik..yelah tak lama lagi nak pose kan....

21 Julai 2010

Menu minum petang...

Dicatat oleh Cik Ina di 1:53 PTG 0 ulasan
opppsss bukan nk bg resepi tau..saje je nk tunjuk ni...







smpai umah dlm kul 6..goreng pisang gan sukun ni utk mnum petang aku dan my hubby...pelikkan aku ni..kul 2 dah beli smua tu..bukan apa..smpai umah nnti aku panaskan baliklah..bukan tkde area umah aku yg jual smua tu..tapi entahlah tak teringin nk beli...malam ni aku ingat nk masaklah..hari2 asyik makan kt kedai..haiwan dlm peti ais ada lagi yg tk di masak..baik aku masak sebelum my hubby aku bising..aku tahu dia tk mau membazir...masak sndiri lagi bagus kan.....(maklumlah poket dah kering....yesss esok gaji...)

Bacalah...

Dicatat oleh Cik Ina di 10:32 PG 0 ulasan
BACALAH YASSIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya..
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya...
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya..
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya..
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka.
Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa' at kepada manusia lain...

20 Julai 2010

Tak sihat...

Dicatat oleh Cik Ina di 10:35 PG 0 ulasan
salam dan selamat pagi...tgk pada tajuk..ye mmg aku tak sihat..demam sejak pindah umah tak kebah2..jap ok..jap ko..rupanya tonsil bengkak..sb tu demam tk mau kebah..seksa weyy bila tonsil bengkak ni..sesak nafas smpai nk tido tk leh..tgh mlm buta org lain enak di buai mimpi..aku terkebil2...bukan aku tk g klinik..dah pegi pun tapi mungkin ubat tu kurenggg kot gan aku..alhamdulilah akhirnya jupe juga aku gan ubat yang sesuai ni...



tgk bukan sikit tau ubat yg aku kena mkn..tapi nk baik punya pasal aku redha...moga2 aku cepat sembuh..tapi aku kena pantang mknlah..tak leh mkn yg berminyak, bergoreng, pedas2, masam2...no hal smua tu..akan aku patuhi.....

16 Julai 2010

Harga baru Gula (RM1.90), RON 95 (RM1.85)

Dicatat oleh Cik Ina di 8:26 PG 0 ulasan
Pelarasan subsidi kurangkan perbelanjaan RM750 juta tahun ini

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula berkuat kuasa hari ini sebagai langkah pertama Program Rasionalisasi Subsidi.

Penyelarasan semula harga barang itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta tahun ini dan mengimbangi defisit kewangan negara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat ACPerdana Menteri, harga RON 95 dan diesel diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor, LPG (10 sen sekilogram), gula (25 sen sekilogram), manakala petrol premium RON 97 akan diapung secara terkawal.

Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini juga paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini, katanya.

Kenyataan itu menjelaskan keputusan menyelaraskan harga bahan api dan gula itu dibuat berasaskan tiga perkara penting iaitu:

Semua subsidi ini tidak menepati sasaran ia juga memberi faedah kepada pihak yang tidak layak iaitu warga asing dan rakyat berpendapatan tinggi yang mampu membayar petrol tanpa subsidi.

Subsidi gula berlebihan pula memberi faedah kepada industri dan bukan keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula digunakan sektor perniagaan berbanding isi rumah.

Barangan bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi menjadikan barangan itu paling murah di rantau ini. Tahun lalu saja, ramai penyeludup ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan gula. Diesel pula terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran.

Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha melindungi alam sekitar, manakala pengurangan penggunaan gula dilihat sebagai langkah tepat bagi menangani isu kesihatan kerana 40 peratus rakyat Malaysia berlebihan berat badan dan jumlah penghidap diabetes pula meningkat.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan kerana ia penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.

15 Julai 2010

ECPI...

Dicatat oleh Cik Ina di 10:46 PG 2 ulasan
Korang mesti penah dengar ECPI kan..alah mcm air mineral tu...aku dah lama dengar org kata air tu bagus tapi tak terbeli..kbetulan semlm balik dr keja,aku bgtau my hubby nk singgah farmasi jap..niat nk beli brg satu je tapi tgk air ECPI ni terus tdetik nak beli...so semlm baru aku try mnum...



Kebaikan ECPI Water

* KADAR PENYERAPAN YG TINGGI

Saiz molekul air yg halus memudahkan air ECPI menyerapi sel sel dengan baik dan cepat.

Anda boleh menguji dengan mencuci muka dengan menggunakan ECPI Water dan anda akan dapati kulit muka anda menjadi lebih segar dan lembut.

Keadaan ini memperlihatkan kadar penyerapan yg tinggi ke dlm sel kulit dan mempercepatkan pencucian buah pinggang dengan pembuangan air kencing.

*MEMBEKALKAN TENAGA DGN CEPAT

*Gabungan teknologi yg digunakan membolehkan ribuan kod tenaga gelombang (elektromagnetic) dimasukkan bagi membolehkannya membekalkan tenaga dengan cepat pada tubuh badan. Minum 2 gelas air ECPI dan anda akan merasai tambahan tenaga dgn segera dgn melihat kpd bbrapa simptom spt hilang rasa letih, fikiran menjadi lebih tenang, rasa lebih segar , aliran darah menjadi lebih baik (tapak tangan anda bertukar menjadi lebih kemerahan).

Anda juga boleh melihat kesan terhadap pertambahan tenaga dengan mengadakan demo membuka jari,

terdapat kesan yg ketara antara sebelum dan selepas meminum ECPI Water.

KANDUNGAN OKSIGEN YG TINGGI

terdapat 2 bentuk kandungan oksigen di dlm air ECPI iaitu di dlm bentuk jisim dan tenaga gelombangnya.

Gabungan teknologi penghasilan air ECPI membolehkannya membekalkan oksigen yg mencukupi utk keperluan tubuh badan.

Kekurangan oksigen didlm badan akan menghasilkan pelbagai simptom spt pening kepala, mengantuk, letih dsbgnya.

Anda boleh menguji dgn meminum 2 gelas air ECPI dan anda akan dapati simptom tersebut aka beransur hilang dlm masa yg singkat.

MANIS DN LEMBUT

* ECPI Water mempunyai rasa yg sangat enak, manis dan lembut.

Terasa kenikamatan serta kelazatan meminum air.

MEMBANTU PROSES PEMBUANGAN TOKSIN

ECPI Water mempunayi bacaan pH diantara 7.5 hingga 8.5 menjadikannya bersifat alkali .

Kadar alkali didlm ECPI Water ini bersesuaian bg mengimbangi kadar pH semulajadi meneutralkan acid didlm darah.

Sifar alkali an toksin di dalam tubuh serta menghalang kebebasan kuman.

BERSIH DAN SUCI

Gabungan 14 sistem dan rawatan menjadikan ECPI Water sbg air yg bersih lagi suci.

tidak mengandungi sebarang bakteria atau mikro organisma yg merbahaya kpd kesihatan.

PERLINDUNGAN ANTI OKSIDA SEMULAJADI

Air ECPI mengandungi ciri ciri anti oksida.

Ia mengandungi cas ion negatif dan emngandungi banyak elekron untuk membebaskan bahan tidak begitu membahayakan supaya mereka tidak mencuri elektron drpd sel sel anda , yg menyebabkan penuaan atau nyahjanan.

MENJIMATKAN

Lebih bnyk pengkaji mengkaji mengenai hubungan diantara air dan kesihatan, lebih banyak mereka menyedari kepentingan kedua edua kuantiti dan kualiti air yg kita minum.

Sampai juga akhirnya.....

Dicatat oleh Cik Ina di 10:14 PG 0 ulasan
alhamdulilah detox foot patch yang aku order selamat smpai..yelah dr minggu lepas aku tunggu...rupanya salah masuk peti surat cawangan lain..jenuhlah aku tunggu...sebenarnya aku baru nk try detox foot patch ni...klu sesuai gan badan aku..insyaallah aku akan order lagi...







mlm ni nk pakailah time tido...

Apa nak jadi ni????

Dicatat oleh Cik Ina di 8:31 PG 0 ulasan
salam dan selamat pagi.....pagi ni mmg tkde mood..penat ko!!! korang bayangkan dari tingkat 14 aku turun guna tangga smpai level G pagi tadi...dengan gelapnya...adooo apa nk jadi ni...masalahnya yg bergelap cuma koridor gan lif..dalam umah ok jer..jgnlah buat hal mcm ni pagi2 time nk g keja..aku tak sanggup ooooo..nk tercabut pala lutut aku ni...


gambar ikhsan cik google..KERANA KO WAHAI TANGGA....


penat oooooo.....

14 Julai 2010

LELONG-LELONG !!!!!!

Dicatat oleh Cik Ina di 8:41 PG 1 ulasan
salam dan selamat pagi....tgk tajuk bukan main kan...hihihihi bukan apa aku nk lelong Premium Beautiful...bukan yg second hand tau..yang ni BARU punya..Ok sapa2 yg berminat bole call aku 019-3463635..harga dia??? Kt tempat lain korang tk dapat punya harga mcm ni klu brand yg sama..aku nk lelong dengan harga RM600....yang ni utk penghabisan stok..ada 3 pasang lagi...





KEBAIKAN KORSET PREMIUM BEAUTIFUL
1. Korset Premium Beautiful adalah pakaian dalam.
• Semua wanita pakai pakaian dalam.
• Fabrik tahan lama.
. Tidak regang walau pakai lama.
• Jaminan seumur hidup.
. Beli sekali, boleh pakai lama.
• Pakaian dalam yang mendapat anugerah SUPERBRANDS.

2. Penjagaan kesihatan menyeluruh.
• 70% fungsi Premium Beauiful adalah untuk kesihatan.
• Mengesan, mencegah dan merawat Barah Payudara.
• Membantu melancarkan saluran darah arteri, kapilari dan pembuluh utama.
• Menstabilkan kitaran haid yang sesuai.
• Membetul dan memulihkan sistem saraf.
• Membetul dan memulihkan sistem pernafasan.
• Membantu meningkatkan metabolisme.
• Mengurangkan lemak, bahan kimia,toksin & asid dalam darah.
• Mengeluarkan peluh asid dalam tubuh badan.
• Menggalakkan tumbesaran lebih teratur dan sempurna.
• Mencegah pertumbuhan bakteria.
• Menghilangkan rasa sakit pada tubuh.
• Mencegah kulat dan fungus pada bahagian sulit wanita.
• Menghilangkan bau badan.
• Membersihkan aliran udara.
• Mengawal keputihan.
• Menstabil dan mengekalkan suhu badan yang sesuai.
• Membantu merawat sakit kepala yang teruk (migrain).
• Mengaktifkan air dalam badan.
• Menstabilkan hormon wanita ditahap yang sesuai.
• Mengukuh & membetulkan kedudukan rahim.
• Melambatkan proses monopus.
• Melambatkan proses penuaan (awet muda)

3. Kecantikan dan keyakinan.
• Membentuk saiz payudara yang sesuai & mempesona.
• Memberi kesan serta-merta apabila memakainya.
• Mencerahkan pigmen puting agar kelihatan segar.
• Memantapkan payudara dan punggung (tidak lanjut atau jatuh).
• Menghasilkan payudara yang tegang dan gebu.
• Melangsingkan dan membentuk kontur pinggang yang ramping.
• Mengempiskan perut yang buncit serta membentuk susuk tubuh yang menarik.
• Membesarkan serta membentuk dada & punggung pd saiz yg sesuai(jika tlalu kurus).
• Membentuk potongan badan yang sesuai dipadankan dengan semua jenis pakaian.
• Memberi lebih keyakinan untuk menghadiri apa jua majlis atau acara

sapa2 yang berminat yg duk area KL..insyaallah penghantaran adalah pcuma...aku akan hantar sendiri ke depan pintu umah korang....

12 Julai 2010

Assalamualaikum...

Dicatat oleh Cik Ina di 8:55 PG 1 ulasan
selamat pagi ISNIN semua..alhamdulilah demam bola dah berakhir...oppppss..jgn ingat aku ni pminat bola tau..aku sikit tk ambik tahu pun..hihihihi...pagi isnin biasalah mata malas je nk bukak...mcm aku ni smpai opis terus punch kad..pastu kan msuk surau utk tido..yelah skrg ni aku msuk kul 8..Sabtu Ahad baru2 ni tk g memana2 sb duk kemas umah lagi..aku gan my hubby kemas sikit2,tak maulah paksa diri nnti kita juga yg teruk kan...hari ahad tu aku buat laksa terengganu sb k.zizah nak mai umah aku yg cute miut tu..yang ada hanya gambar laksa..gambar k.zizah gan family tak snap pun sb lupa....







ni lak gambar umah aku yg tak seberapa ni...














jgn tak tau..langsir ni aku jahit sendiri tau...yelah jahit bodoh je kan..tapi kira aku puas hatilah sb hasil kerja aku....



walaupun umah aku tak sehebat org lain..aku tak kesah..janji cntik di mata aku gan my hubby..apa yang penting...kebersihan rumah,keselesaan kita dan ketenangan jiwa kita...

09 Julai 2010

Updates - Lunch - Majlis Perpisahan Bos & Cif TA

Dicatat oleh Cik Ina di 1:52 PTG 0 ulasan
salam Jumaat...ni kira nk updates gambar kisah Majlis perpisahan Bos & Cif TA...sebenarnya gambar ni dah lama dlm inbox email tapi pyakit 'M' melanda..so terperap jelah kt situ..hari ni rajin sket..maklumlah opis dah dilanda garuda..masing2 buat part time ukur Jalan TAR..tinggallah aku keseorangan..aku malas nk kuar..sb ptg ni dh plan nk kuar gan my hubby...so layan jelah gambar ni....


ni lah bos kitaorg yg dah berpencen tu...


Dato'Pengarah pun join juga....




Group driver projek...






Our Big boss....

p/s:- sejak tkde org kuat..opis ni tk ceria..

08 Julai 2010

i like.....

Dicatat oleh Cik Ina di 3:40 PTG 0 ulasan
selamat ptg semua...adooooo mgantuk btul ptg ni..depan pc pun bole tersenguk2..nk kata tido lewat sb tgk bola..tak mungkin sb aku awal2 lagi dah tarik selimut....serius mgantuk tahap babun ni...dah2lah ler layan mgantuk,nanti 1 bende tk jalan...hihihihi..tghari tadi aku kuar g sogo..plan asal nk g giant time balik keja gan my hubby utk cri chairpad gan table runner..tup2 tgerak hati nk g cari kt sogo..yelah ptg nnti bole balik umah teruskan...so pegilah aku...tawaf punya tawaf inilah hasil menjala aku pada hr ni..ikutkan hati byk lagi brg aku nk sapu tapi bila kenangkan gaji lambat lagi..so batalkanlah...gaji bulan depan kita serbu sogo lagi ye...tk mau ckp byk..layan jelah gambar....


ni utk keja kecik....


ni lak utk meja makan...


ni dia chairpad...


meja makan aku kan cute..cuma utk 4 org..so aku ambiklah 4 biji chairpad ni....

06 Julai 2010

Bad mood...

Dicatat oleh Cik Ina di 2:40 PTG 1 ulasan
tk mau ckp byk..layan jelah....



ditambah lak dgn yg ni.....



mmg tkleh nk kata apa...senyap itu lebih baik kan....

05 Julai 2010

Wangi2...

Dicatat oleh Cik Ina di 2:16 PTG 0 ulasan
Cewah tgk tajuk bukan main lagi..padahal tkde apa pun..tadi time lunch aku sempat g The Mall untuk beli lilin, bekas pembakar(Burner)gan wangian aromaterapi...umah baru..semangat baru haruslah wangi2 kan....untuk wangian tu aku pilih Apple Blossom dan Fruitopia..bau dia best..bagi akulah..risau gak aku gan my hubby..kot2lah dia tk suka kan..harap2 dia suka...hihihihi..pastu aku ada juga beli vase kaca utk hiasan..nnti aku akan bubuh crystal kaler2 tu...so layan jelah....




ni utk bilik tidur....


ni lak utk ruang tamu....






ni lak jam loceng...aku ni liat sgt nk bangun pagi kan.....

Monday Blues...

Dicatat oleh Cik Ina di 8:44 PG 0 ulasan
salam pagi isnin smua...mesti ada yg liat nk bangun pagi ni kan..yelah 2 hari cuti..akulah tu..hihihihi..2 hari cuti aku tk g mana2 cuma duk umah..operasi mgemas tk habis lagi...mgemas pun main2 sb aku masih lagi demam ni...nasib baik ada my hubby yg byk tolong...nnti dah settle kemas smua aku ambik gambar..skrg tkleh lagi sb byk tk kemas lagi...ok pagi ni aku bwk bekal..msk sendiri tau..aku mmg dah jemu mknan kt cafe tu..msk sendiri lagi bagus, puas hati mkn...aku msk nasi lemak smbal sotong...


ni utk 2 kali mkn tau...gile punya malas kan aku ni...

02 Julai 2010

Renung2kanlah.....

Dicatat oleh Cik Ina di 9:35 PG 0 ulasan
"SAYA MINTA KEPADA ALLAH SETANGKAI BUNGA YANG SEGAR, DIA BAGI SAYA KAKTUS BERDURI.
SAYA MINTA KUPU-KUPU YANG CANTIK, DIBERI ULAT BERBULU.

SAYA SEDIH & KECEWA. NAMUN KEMUDIANNYA, KAKTUS ITU BERBUNGA, INDAH SEKALI. DAN ULAT ITUPUN BERTUKAR MENJADI KUPU-KUPU YANG CANTIK.

ITULAH JALAN ALLAH. INDAH PADA MASANYA. ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA HARAPKAN TAPI DIA BERI APA YANG KITA PERLUKAN.

KADANG2 KITA SEDIH, KECEWA, TERLUKA.... TAPI JAUH DIATAS SEGALANYA DIA SEDANG MENGATURKAN YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPAN KITA..."

01 Julai 2010

Yang mana 1 idaman kalbu....

Dicatat oleh Cik Ina di 7:50 PG 0 ulasan
salam dan selamat pagi...tgk tajuk tuuu...oh tidakkkkkk..yg ni tkde kena mgena dgn buah hati tau sb hati aku dah dimiliki...ni mgenai sarapan pagi aku..yelah aku sejak demam ni mkn apa pun tk tau rasa..payau je mulut ni..pagi ni masa o the way nk g opis aku mtk my hubby berhenti kt tepi jalan utk beli sarapan pagi...nilah yg aku beli tadi....


mee goreng...


lontong...

tk tahulah mana aku nk mkn...tkde selera lagi ni...cepatlah sembuh wahai demamku......
 

** DiARi CiK iNa....CiK iNa DiARi...** Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez