11 Januari 2011

Penangan kekejaman ibu tiri

Dicatat oleh Cik Ina di 9:55 PG
JOHOR BAHRU – Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terpaksa menanggung pedih didera dipercayai oleh ibu tirinya sejak tiga bulan lalu berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan mati di Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.
Lebih memilukan, kematian Nur Dania Qistina Nurafizan didakwa cuba disembunyikan oleh bapanya yang menghubungi bekas isterinya, Nur Aquilla Razali, 27, mengatakan mangsa mati kerana lemas selepas tertonggeng di dalam baldi di bilik air.Lelaki itu yang cemas sebaik melihat anaknya tidak bernafas kemudian membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 8.25 pagi sebelum Nur Dania Qistina disahkan mati 35 minit kemudian.Namun, bedah siasat mendapati terdapat 73 kesan lebam di seluruh badan Nur Dania termasuk muka, kaki dan badan dipercayai dipukul dengan benda keras atau tangan.Difahamkan, Nur Dania Qistina bersama kakak, Nur Dania Batrisyah, 5, dan adiknya, Danish Irsyad, 1, dibawa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah datuknya, Razali Ismail, 56, di Mersing, Johor.


Moral :- apa nk jadi gan dunia skrg..di mana perikemanusiaan..tergamak buat mcm tu kt budak kecik yg tk tahu apa2 tu..klu yer pun tu bukan darah daging sndiri..tkkanlah kena buat mcm tu..binatang pun tahu sygkan anak tau..klu dah tk sanggup nk jaga..bgtau awal2..biar mak kandung dia yg jaga...mmg aku emo sikit..sb mereka2 ni tk hargai apa yg ALLAH kurniakan pada mereka..anak tu amanah ALLAH..aku ckup sedih bila tgk kejadian ni..aku ni 4 tahun menunggu amanah dr ALLAH..hargailah apa yg ada...

0 ulasan:

 

** DiARi CiK iNa....CiK iNa DiARi...** Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez