Untuk mengetahui hukumnya haram atau bergantung pada isi kandungan mesej yang dibincangkan, jika hal yang penting atau berhajat umpamanya hal jual beli, kebakaran, sakit dan seumpamanya maka tidaklah haram.
Perkara2 yang haram ini ialah perkara2 syahwat yang membangkitkan hawa nafsu contohnya yang berlaku pada kebanyakkan muda mudi atau remaja2 sekarang dimana sms atau email atau Facebook atau Friendster atau seumpamanya menjadi alat untuk memadu kasih yang memuaskan nafsu diantara pasangan dan masing2 melunaskan keinginan dan keseronokkan semata2.
Membincangkan perkara2 lucah lebih2 lagi hukumnya adalah haram.Ada perkara yang tidak penting pun dan tidak pula membawa syahwat yang sehingga membangkitkan hawa nafsu umpamanya seorang lelaki sms bagi teka teki “selepas hari rabu hari apa?” ataupun bertanya “suka power rangers warna apa?”. Jika tanya perkara2 sebegini biasanya tidaklah sampai gelisah, keluar mani, bernafsu atau seumpamanya. Biasanya perkara2 sebegini ulamak mengatakan makruh sahaja, tidaklah sampai kepada haram.Dalam situasi ini, jika lelaki itu memang berniat menjadikan seseorng prempuan tu sebagai isteri maka harus menggunakan sms untuk menanyakan perkara2 yang perlu sahaja umpamanya hal2 pertunangan dan tidak boleh lebih kepada yang bukan perlu seperti bermanja2an dan berkasih2an sehingga timbul hawa nafsu dan seumpamanya.Jika tidak berhati2 akan mudah terjatuh kepada perkara yang dilarang sekalipun hanya melalui sms. Kita mungkin tidak berzina tetapi tanpa kita sedari kita telah menghampiri zina itu. Jika kita benar2 ikhlas ingin jadikan seseorang itu pasangan hidup kita maka ini bermakna diri kita ini sudah bersedia untuk menerima setiap kelebihan dan kelemahan pasangan kita itu.Kalau nak tahu sangat pun tentang hal2 diri bakal pasangan hidup kita itu maka sebaik2nya cubalah guna pihak yang lain umpamanya kita ini lelaki, maka kita suruhlah adik perempuan kita bermesej dengan bakal pasangan hidup kita itu, melalui adik perempuan kita itu, apa yang kita nak tahu tentang muslimah itu, kita suruhlah adik perempuan kita itu tanya. Ini lebih baik untuk mengelak dari terjerumus dalam perkara2 yang menghampiri zina. Ini sahajalah sekadar pendapat, selebihnya perlu muhasabah semula di mana salahnya atau yang mana perlu diperbaiki supaya tidak melanggar hukum syara'.Filem ketika cinta bertasbih adalah contoh terbaik bagaimana seorang lelaki yang ikhlas mencari pasangan hidupnya kerana Allah. Kita lihat tidak ada sesi perkenalan melalui sms sepertimana yang berlaku pada muda mudi sekarang, dengan berdating, couple dan sebagainya. Digambarkan skop cinta yang begitu luas, cinta pada adik, cinta pada ibu, cinta pada abang, cinta sesama saudara dan disandarkan semua cinta2 ini kepada cinta hanya pada Allah. Maka apabila cinta pada Allah melebihi segala2nya maka cintanya pada makhluk semata2 cintanya pada Allah. Apabila ingin pada seseorang wanita itu dijadikan isteri maka disampaikan hajat itu pada ibu bapa atau penjaga mereka, tidak berlaku sesi berdating atau bermesra2 seperti yang berlaku sekarang. Apabila kita ikhlas kepada seseorang maka gunakanlah cara terbaik yang dianjurkan dalam Islam. Alhamdulillah kerana masih ada filem seperti ini walaupun ada perkara yang perlu diperbaiki cuma keseluruhan filem sangat baik untuk iktibar sebagaimana filem syukur 21.Perkara couple2 seperti yang berlaku akhir zaman ini bukan berlaku pada orang yang tidak faham agama sahaja, tapi yang budak2 surau pun ada yang terlibat sama dalam perkara2 seperti ini. Berhubungan dengan istilah "couple Islamic" padahal pada hakikat sama sahaja dengan menghampiri zina. Dalam Islam tiada couple2, kalau nak couple sangat, lepas jadi suami isteri. Bila dah sah jadi suami isteri maka bercouple lah seminggu sekali pun tidak mengapa. Ni tak, bila dah sah jadi suami isteri sibuk pula nak bercerai, dulu sebelum sah jadi suami isteri sibuk nak couple.Inilah yang berlaku di universiti atau kolej2, umpamanya ajk makanan bercouple dengan ajk tarbiyah dan sebagainya, jawatan sahaja ajk surau tetapi suasana surau itu tidak masuk ke dalam hati. Menjadikan alasan untuk berdakwah tidak boleh diterima. Dakwah yang disuruh oleh Allah swt tidak sama dengan nafsu yang mempergunakan alasan dakwah. Ditambah pula dengan kumpulan2 nasyid yang menynyikan lagu2 yang bertemakan cinta sesama makhluk. Sama sahaja seperti lagu2 jiwang cinta cuma konsepnya sahaja diubah kepada konsep nasyid. Lagilah menguatkan keazaman mereka untuk meneruskan perjuangan ”couple islamic” mereka.Sebenarnya kalau sms tentang hal2 agama, atau tanya khabar atau nak berkongsi pendapat tidaklah mengapa, tidak salah pun, cuma janganlah melampaui batas pula. Kalau nak bertanya pun, cukuplah bertanya hal yang perlu sahaja, janganlah sampai ke tahap berkasih2an atau bermesra2an walau melalui mesej sekalipun. Semua orang nak suami yang soleh dan isteri yang solehah, tetapi bagaimana caranya? Caranya ialah kita usaha bentuk diri kita ini dahulu menjadi muslim yang soleh insyaAllah bakal isteri kita nanti juga di kalangan muslimah yang solehah begitulah sebaliknya. Sesuai dengan firman Allah dalam al–Quran.(Surah an-Nur ,Muka surat 352, baris ke sebelas, Ayat 26).
”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)[1034].”[1034]
ayat Ini menunjukkan kesucian 'Aisyah r.a. dan Shafwan dari segala tuduhan yang ditujukan kepada mereka. Rasulullah adalah orang yang paling baik Maka Pastilah wanita yang baik pula yang menjadi istri beliau.
Wallahu’alam
21 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan