Beberapa hr lg 2013 bakal melabuhkan tirai...2014 pasti mengambil tempat...sekejap sgt masa berlalu...dah 6 bulan ABAH pergi meninggalkan kami...terasa semlm semuanya terjadi..luka di hati ini msh berdarah...retak hati ini tak mungkin bercantum lg...aku cuba utk kuat...kadang aku tewas....aku rindukan abah..terasa sgt2 kehilangan abah..insan yg paling aku banggakan...insan yg byk berjasa pd aku..insan yg byk berkorban utk aku...tak terluah kesedihan aku ini...Ya ALLAH...aku hilang tempat bergntung..aku hilang hala tuju aku...betapa sakitnya hati ini hnya aku yg tahu...org bole je nak kata apa...aku moody???aku punya hallah...ada aku mtk mkn atau myusahkan kau????aku tahu aku perlu bngun..ALLAH lebih sygkan abah...ABAH ada cuma di alam lain...di alam yg kekal..1 hr kita pun akan ke sana sb setiap yg hidup pasti akan mati...jnji ALLAH pasti..walau apa pun..ABAH akan terus kekal dlm hati aku...segala kenangan bersama ABAH sentiasa berlegar dlm kotak fikiran aku...2013 adalah tahun duka bg aku...siapa sangka semua ini akan berlaku di saat kami bergembira dan tidak bersedia utk kehilangan ABAH...siapa kita utk pertikaikan ketentuan ALLAH??semua tu dah tertulis sejak azali lg ...awal 2014..adik lelaki aku akan berangkat ke UK bersama isteri selama 4 tahun...aku terasa patah sayap..mungkin ini yg terbaik utk mereka...AL FATIHAH....semoga roh abah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org2 yg beriman...
28 Disember 2013
05 Disember 2013
24 Oktober 2013
Mengomel skit....
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ok kita stop marah2...kita cite lain lak...blog ni dah terbiar kan...bila nk aktif balik tk tahulah..emosi tk stabil lagi...aku mcm biasa..hdup mesti diteruskan...byk sgt hal berlaku...nak atau tak aku kena hadapi...skrg ni bole dikatakan tiap2 minggu balik kg..duit mcm air...tkpelah..apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...aku sentiasa berdoa agar aku kuat utk hadapi semua ujian ni...ALLAH uji kita sb ALLAH sayangkan kita...
19 September 2013
Mood ke laut....
19 Ogos 2013
Untuk si Dia..
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke 7 buat suami tersayang..ABDUL LATIF BIN ISHAK..semoga ikatan kasih sayang ini akan terus berkekalan dan dirahmati ALLAH..terima ksih yg tak terhingga kerana sanggup susah dan senang bersama2..selama 7 tahun bersama..abg bukan sekadar suami tp teman sejati,pendorong semangat dan pendengar yg setia..tatkala sy dilanda ujian..abg setia dibelakang sy..hanya ALLAH saje yg dpt membalas segala jasa baik abg..
Terima kasih untuk segalanya...
i love u...
14 Ogos 2013
02 Ogos 2013
Tak de makna....
05 Julai 2013
RINDU....
17 Jun 2013
Pergi tak kembali....Al-fatihah
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
buat masa ni emosi aku msh tak stabil...aku sedang cuba untuk pujuk diri aku ni...ya allah bagilah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian dari mu...tabahkanlah hati hambamu ini....
30 Mei 2013
Tiada makna bagiku...
Kepada ABAH - HAJI HAMDAN BIN JUSOH dan MA - HAJAH RASIAH BINTI GHAZALI ...terima kasih yg tak terhingga kerana melahirkan, membesarkan, memberi pendidikan dan mencurahkan segala kasih sayang kepada ina...Segala jasa dan pengorbanan kalian berdua tkkan ina lupa smpai akhir hayat ina..di usia 33 tahun ini...ina beruntung kerana masih ada abah dan ma di sisi ina..sesungguhnya ina terlalu sayangkan abah dan ma...terima kasih untuk segalanya...Hanya ALLAH yg mampu membalas segalanya...
28 Mei 2013
YA ALLAH Selamatkanlah abahku....
Hari ni adalah hari ke 9 abah aku koma..terasa dunia ni gelap..seluruh jiwa aku kosong..sesungguhnya aku tak sanggup melihat keadaan dia begitu...dia adalah sebahagian dari nyawa aku...aku nak dia sedar kembali dan pulih seperti sediakala....betapa rindunya aku pada abah..aku tahu menangis bukan jalan penyelesaian yg terbaik tp airmata ni tk mampu aku bendung...aku perlukan abah dalm hidup aku...semoga abah cepat sembuh gan sedar ye...ina sentiasa doakan yg terbaik utk abah....
12 Mei 2013
Bukan takat habuk dh ni...
Assalamualaikum & morning semua...hehehe lama dh rasa tinggalkan blog ni..bukan takat habuk dh..ni dh kira bersawang...tkpe hari ni kn hr minggu, jap lg aku vakum gan mop ye..aku sebenarnya baru baik demam..seminggu mc..batuk smpi suara jd rocker..opps demam biasa je ye..bukan ada makne..demam perubahan cuaca kot..27/4 - 4/5 hari tu selama seminggu aku g bercuti ke beijing gan family..sana sejuk ko..cuma sehari dua belum balik tu cuaca dia panas skit..dlm flight aku dh seram sejuk dh sb msa kt airport beijing tekak dh rasa lain mcm..smpi malaysia terus lentok..yelh balik sini baru rasa urat nk tercabut..sakit giler badan ni tau..berjalan tk henggat..tu yg demam teruk tu..tabik spring buat my hubby sb dia tk demam..ma gan abah aku pun demam gak..adik aku tak tahulh...ok je kot aku rasa...pengalaman kt sana..nanti aku free aku cite ye..sb gmbar2 still ada dlm camera lg..cik abg sy tk tranfer lg ke pc..tunggu dia buat..shopping?adalh skit2 tu pun utk family gn diri sendiri..sb target mmg tu..utamakn family lh ye..lg pun modal i ciput je..bukan bwk 1 kontena duit..hihihihi..tp puashatilh dpt shopping utk org2 tersayang...utk aku adalh skit2...byklh pgalaman kt sana yg aku tkkn lupa..bila teringat nk gelak pun ada..nanti aku free aku update lg tau..nk buat sarapan jap..teringin nk mkn cucur udang..nikmatnya berada di Malaysia tau..peace yo!!!
17 April 2013
Salahkan MOOD !!!!!
10 April 2013
- bila aku baca kata-kata ini pasti aku akan menangis...sebak hati ini...banyak mende yang buat hati aku ni tersentuh...
01 April 2013
Sekelip mata..
Salam...al-fatihah buat anak sedaraku...baby kpd adik lelaki aku..baby lahir tk ckup pd hari sabtu dan meninggal pd hari ahad..hnya sempat hdup 24 jam..sesungguh kami sekeluarga redha..ada hikmah disebaliknya..cuma aku tk sanggup tgk keadaan adik aku..dia terlalu sedih..tp adik aku dan wife amat bertuah krn sempat bergelar ayah dan ibu walaupun hnya 24 jam..arwah adalh ahli syurga..akan menunggu ibubapanya di pintu syurga nanti..alangkah beruntungnya..
28 Mac 2013
Tolonglah jaga kebersihan bole????
_________________________________________________________________________________
sorilah terpaksa dengar aku membebel pagi2 buta kan...dah ler lama tenggelam..bila timbul membebel lak aku ni...aku masih disini..malas punca utama...mcm tak biasa gan aku ni kan...kadang2 senyap lebih baik dari berbicara kan...lagi pun tkde apa yg terkini pasal aku..perjalanan hidup mcm biasa...tapi klu ada yg luar biasa nanti aku citerkan ye...follow lah intagram kita..kasihlatina...hehehe...
06 Mac 2013
Teringin..
Opps..tkde lg..tekak ni jer mgada2..dh lama teringin nk buat cuma masa yg tidak mgizinkan..almaklumlh malas..sengaja nk salahkn masa..pdhal masa ada..ptg semlm call my hubby nk msk spageti goreng..myu hubby on jer..smpai umah terus mulakn operasi..mula2 rebus spageti..sementara tu aku potong apa yg patut seperti bwg besar gn bwg putih utk tumisan..pstu sotong gan capsicum..dh settle smua apa lg...gorenglh...pastu mkn smbil layan citer tv3..alah yg abu dhabi tulh..seronok tgk my hubby mkn..sedaplh kot..tp bila dh perut lapar..apa saje depan mata smua sedapkn..tolak batu gn kayu jer..licin ko...alhamdulilah...skrg ni aku cubalh utk msk mkn mlm..boringlh mkn kt luar je..lg pun nk jimatkn..apa ingat org kaya ke??hihihi..msk lg bgus tambah lak dpt memikat hati suami kn..sapa tk syg laki ooiii..
01 Mac 2013
Masa terus berlalu...
19 Februari 2013
Tenggelam timbul...
------------------------------------ DIARI CIK INA----------------------------------------------------
31 Januari 2013
Berhabuk dah...
18 Januari 2013
Penyakit M dah menyerang kembali..
Adoooo apa nk jd ina oiii...bersawang dh ni..yer aku dilanda pyakit M yg kronik..jiwa pun tgh kacau..entahlh aku pun konfius..abaikanlh..mungkin otak aku ni ingat nk balik kg..tp serius aku kata aku mmg malas..sb dulu bole dikatakn selang sehari aku kuar cri lunch kt luar..skrg ni tkde mkne aku nk kuar..aku rela cri mkn kt cafe bwh..rabu hr tu aku pkse rela kuar tau..amboi ayat..yelh asyik bertangguh jer..nk shopping baju budak tecit tu..dh niat nk belikn dia baju kn..kita ni menumpang kasih anak buah..lepaslh gian selama ni nk beli baju baby walapun bukan utk zuriat sendiri..ya ALLAH..kurniakan kpd kami seorang zuriat..comel gile baju2 baby kn..rambang mata aku dibuatnya..yg aku belikan tu baju utk jln2..tk beli byk pun..baby kn cepat besar...dlm duk pesan kt diri sendiri jgn terjebak nk beli apa2..dh nama pun perempuan kn..ada jerlh..lumrah dunia kn..oklh beli tu pun utk kegunaan sendiri..ye dak? hari ni jumaat aku plan nk duk opis jer insyaallah..malas nk bergerak..eii teruk btul aku ni..jumaat biasanya kt opis ni tkde cbuk mana..leh rileks skit..oklh aku nk bekfast jap..nanti kita cite lg..bye2..
14 Januari 2013
Apa nak buat kan...
08 Januari 2013
Malas & Lemau...
04 Januari 2013
Renungan di Pagi Jumaat...
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)