31 Disember 2010

Iklan ini sampai 31.12.2010

Dicatat oleh Cik Ina di 6:00 PG 7 ulasan
Untuk entri baru sila scroll ke bawah.........

.

.

.


RM1500

RM1300


Kepada yang berminat..sila call 019 3463635...Jualan Lelong untuk Penapis air Bio Aura dan Premium Beautiful..harga murah dari biasa kerana kami ingin habis kan stok yg terakhir...last kopek..untuk yang berminat..penghantaran dan pemasangan percuma di sekitar Kuala Lumpur...cepat2..harga bole runding....dan YANG PALING PENTING AMAT MURAH DARI BIASA.....

30 Disember 2010

Benci..menyampah..meluat...

Dicatat oleh Cik Ina di 10:23 PG 3 ulasan

Salam...ni aku nk luahkan perasaan aku..aku dah tk tahan..dan aku ckup bersabar dah ni...selama ni apa yg mangkuk hayung tu buat aku byk senyap tapi kali ni aku dah tk sabar...apa dia ingat dia best sgt ke??blahhh lah kooo...tk yahlah ko nk tunjuk baik..smua dah tahu perangai ko tu...tkyahlah ko nk berlakon baik..sedangkan hati perut ko hijau....cuma 1 pesan aku..apa yg ko buat ALLAH tu maha ADIL..tunggu jelah pembalasan nanti....aku ni sikit punya sabar dengan tindakan mangkuk hayung ni..sb aku masih waras lagi...tk payah ko nk pertikaikan gaji aku..bukan ko yg bayar gaji aku...dan bukan aku mkn gaji ko...bangang punya mangkuk...berkat sgt ke gaji ko tu???bwk2lah bertaubat...

24 Disember 2010

Seronoknya bila Jumaat...

Dicatat oleh Cik Ina di 8:51 PG 0 ulasan
Salam...Gumbiranya hati aku bila tiba hari Jumaat..yelah sabtu ahad cuti..tambah lak aku hepi sgt2 sb family nk dtg..diaorg skrg ni on the way..hari ni pun aku half day..sabtu ahad gerenti penuh gan agenda..sb ma gan abah aku plan nk g shopping gan ziarah family kami..walaupun aku ni duk KL tapi aku segan nk g berjalan umah sedara mara..mungkin sb kitaorg tk brp rapat..alang2 ma gan abah aku nak g..aku leh lah join sekaki..ehh bukan sekaki..2 kaki...hehehhee..
ni dinner kitaorg semlm...ni aku punya....

nasi goreng kampung gan telur dadar pilihan my hubby kesayanganku...

bandung cincau utk my hubby...epal asam boi utk aku...air suam utk kami berdua...


22 Disember 2010

Selamat Hari Lahir yg ke-31...

Dicatat oleh Cik Ina di 8:58 PG 0 ulasan

Salam..aku nk wish to My Hubby...

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YG KE 31..SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI..SAYA SAYANG AWAK...

21 Disember 2010

Apakah hukum kita chat, sms, e-mail atau seumpamanya dengan bukan mahram?

Dicatat oleh Cik Ina di 9:27 PG 0 ulasan
Untuk mengetahui hukumnya haram atau bergantung pada isi kandungan mesej yang dibincangkan, jika hal yang penting atau berhajat umpamanya hal jual beli, kebakaran, sakit dan seumpamanya maka tidaklah haram.
Perkara2 yang haram ini ialah perkara2 syahwat yang membangkitkan hawa nafsu contohnya yang berlaku pada kebanyakkan muda mudi atau remaja2 sekarang dimana sms atau email atau Facebook atau Friendster atau seumpamanya menjadi alat untuk memadu kasih yang memuaskan nafsu diantara pasangan dan masing2 melunaskan keinginan dan keseronokkan semata2.
Membincangkan perkara2 lucah lebih2 lagi hukumnya adalah haram.Ada perkara yang tidak penting pun dan tidak pula membawa syahwat yang sehingga membangkitkan hawa nafsu umpamanya seorang lelaki sms bagi teka teki “selepas hari rabu hari apa?” ataupun bertanya “suka power rangers warna apa?”. Jika tanya perkara2 sebegini biasanya tidaklah sampai gelisah, keluar mani, bernafsu atau seumpamanya. Biasanya perkara2 sebegini ulamak mengatakan makruh sahaja, tidaklah sampai kepada haram.Dalam situasi ini, jika lelaki itu memang berniat menjadikan seseorng prempuan tu sebagai isteri maka harus menggunakan sms untuk menanyakan perkara2 yang perlu sahaja umpamanya hal2 pertunangan dan tidak boleh lebih kepada yang bukan perlu seperti bermanja2an dan berkasih2an sehingga timbul hawa nafsu dan seumpamanya.Jika tidak berhati2 akan mudah terjatuh kepada perkara yang dilarang sekalipun hanya melalui sms. Kita mungkin tidak berzina tetapi tanpa kita sedari kita telah menghampiri zina itu. Jika kita benar2 ikhlas ingin jadikan seseorang itu pasangan hidup kita maka ini bermakna diri kita ini sudah bersedia untuk menerima setiap kelebihan dan kelemahan pasangan kita itu.Kalau nak tahu sangat pun tentang hal2 diri bakal pasangan hidup kita itu maka sebaik2nya cubalah guna pihak yang lain umpamanya kita ini lelaki, maka kita suruhlah adik perempuan kita bermesej dengan bakal pasangan hidup kita itu, melalui adik perempuan kita itu, apa yang kita nak tahu tentang muslimah itu, kita suruhlah adik perempuan kita itu tanya. Ini lebih baik untuk mengelak dari terjerumus dalam perkara2 yang menghampiri zina. Ini sahajalah sekadar pendapat, selebihnya perlu muhasabah semula di mana salahnya atau yang mana perlu diperbaiki supaya tidak melanggar hukum syara'.Filem ketika cinta bertasbih adalah contoh terbaik bagaimana seorang lelaki yang ikhlas mencari pasangan hidupnya kerana Allah. Kita lihat tidak ada sesi perkenalan melalui sms sepertimana yang berlaku pada muda mudi sekarang, dengan berdating, couple dan sebagainya. Digambarkan skop cinta yang begitu luas, cinta pada adik, cinta pada ibu, cinta pada abang, cinta sesama saudara dan disandarkan semua cinta2 ini kepada cinta hanya pada Allah. Maka apabila cinta pada Allah melebihi segala2nya maka cintanya pada makhluk semata2 cintanya pada Allah. Apabila ingin pada seseorang wanita itu dijadikan isteri maka disampaikan hajat itu pada ibu bapa atau penjaga mereka, tidak berlaku sesi berdating atau bermesra2 seperti yang berlaku sekarang. Apabila kita ikhlas kepada seseorang maka gunakanlah cara terbaik yang dianjurkan dalam Islam. Alhamdulillah kerana masih ada filem seperti ini walaupun ada perkara yang perlu diperbaiki cuma keseluruhan filem sangat baik untuk iktibar sebagaimana filem syukur 21.Perkara couple2 seperti yang berlaku akhir zaman ini bukan berlaku pada orang yang tidak faham agama sahaja, tapi yang budak2 surau pun ada yang terlibat sama dalam perkara2 seperti ini. Berhubungan dengan istilah "couple Islamic" padahal pada hakikat sama sahaja dengan menghampiri zina. Dalam Islam tiada couple2, kalau nak couple sangat, lepas jadi suami isteri. Bila dah sah jadi suami isteri maka bercouple lah seminggu sekali pun tidak mengapa. Ni tak, bila dah sah jadi suami isteri sibuk pula nak bercerai, dulu sebelum sah jadi suami isteri sibuk nak couple.Inilah yang berlaku di universiti atau kolej2, umpamanya ajk makanan bercouple dengan ajk tarbiyah dan sebagainya, jawatan sahaja ajk surau tetapi suasana surau itu tidak masuk ke dalam hati. Menjadikan alasan untuk berdakwah tidak boleh diterima. Dakwah yang disuruh oleh Allah swt tidak sama dengan nafsu yang mempergunakan alasan dakwah. Ditambah pula dengan kumpulan2 nasyid yang menynyikan lagu2 yang bertemakan cinta sesama makhluk. Sama sahaja seperti lagu2 jiwang cinta cuma konsepnya sahaja diubah kepada konsep nasyid. Lagilah menguatkan keazaman mereka untuk meneruskan perjuangan ”couple islamic” mereka.Sebenarnya kalau sms tentang hal2 agama, atau tanya khabar atau nak berkongsi pendapat tidaklah mengapa, tidak salah pun, cuma janganlah melampaui batas pula. Kalau nak bertanya pun, cukuplah bertanya hal yang perlu sahaja, janganlah sampai ke tahap berkasih2an atau bermesra2an walau melalui mesej sekalipun. Semua orang nak suami yang soleh dan isteri yang solehah, tetapi bagaimana caranya? Caranya ialah kita usaha bentuk diri kita ini dahulu menjadi muslim yang soleh insyaAllah bakal isteri kita nanti juga di kalangan muslimah yang solehah begitulah sebaliknya. Sesuai dengan firman Allah dalam al–Quran.(Surah an-Nur ,Muka surat 352, baris ke sebelas, Ayat 26).

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)[1034].”[1034]

ayat Ini menunjukkan kesucian 'Aisyah r.a. dan Shafwan dari segala tuduhan yang ditujukan kepada mereka. Rasulullah adalah orang yang paling baik Maka Pastilah wanita yang baik pula yang menjadi istri beliau.
Wallahu’alam

Untuk Renungan buat mereka yg LUPA DARATAN...

Dicatat oleh Cik Ina di 9:10 PG 0 ulasan
Sejarah Sihir

Sihir telah difirmankan oleh Allah SWT di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa AS. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi SAW.

Adakah Nabi pernah terkena sihir ?
Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:-Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka”:(Bukhari dan Muslim)Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatu yang mengaibkan martabat Ar-Rasul SAW, akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya”(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.Juga Qadhi “Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakit-penyakit”.Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah SWT.Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut.

Tanda-tanda Terkena SihirTanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

Cara Menghadapi Sihir

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam IbnuTaymiyah.Kerasukan Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin
2. As Syaitan - syaitan
3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
5. Al A”wan - penolong-penolong (khadam)
6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
8. Attawabi” - pengikut-pengikut
9. Al Qarna” - pengawan-pengawan
10. Al “Ammar - pemaa”mur-pemaa”mur

Manfaat Bekam
Berbekam adalah diharuskan kepada kita. Menurut Imam Ghazali berbekam termasuk Fardhu Kifayah, jika satu wilayah tidak ada seorang pun mempelajari dan mengamalkannya maka semua penduduknya akan berdosa.


Manfaat Bekam
Dalam konsep bekam, darah kotor adalah darah yang tidak berfungsi lagi, sehingga tidak diperlukan tubuh dan harus dibuang. Secara spiritual, ”kotor” juga berarti darah itu telah tercemar roh jahat, akibat tindak tanduk si pemilik tubuh yang tidak sesuai dengan ajaran agama. Bekam juga dimaksudkan untuk menyeimbangkan metabolisme tubuh.Ilmu kedoktoran warisan Nabi saw ini ternyata di dunia perubatan Barat sudah lebih popular dibandingkan masyarakat muslim.

Banyak penyakit yang dapat disembuhkan dengan terapi bekam, antara lain :
1. Darah tinggi
2. Migrain3
. Kolesterol
4. Impotensi
5. Jantung
6. Sinusitis
7. Ginjal
8. Insomnia
9. Liver
10. Parkinson
11. Stroke
12. Thypus
13. Hepatitis
14. Diabetes melitus
15. Rheumatik
16. Narkoba
17. Sakit kepala
18. Sakit mata
19. Ambeien
20. Sakit gigi
21. Batuk
22. Kegemukan
23. Vertigo
24. Jerawat
25. Prostat
26. Asam urat
27. Susah buang air besar
28. Maag
29. Epilepsi
30. Dan lain-lainSelain penyakit-penyakit tersebut di atas, bekam juga dipercaya boleh menyembuhkan penyakit yang lain.Jumlah jumlah penyakit yang bisa disembuhkan dengan bekam adalah sekitar 72 macam penyakit.

Kaedah rawatan bekam RESDUNG
Rawatan selalunya menggunakan kain khas yg dibakar bagi menyedut hama dlm hidung dan hidung pesakit juga akan diRUQYAH.Resdung ialah merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit.Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka.Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.Simptom2 resdung ialah spt sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mulut berbau busuk,mata gatal-gatal,penglihatan kabur,telinga gatal,seluruh muka gatal,jerawat biasa atau batu,muka berbintik hitam,kahak banyak di kerongkong,gatal pada badan tertentu serta hidung berdarah.


Bekam menyembuhkan RACUN dan SIHIR
Dari ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar.Baginda pun bertanya "apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "hadiah".Wanita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah,sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali.Tidak lama kemudian,Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan.Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan",kemudian baginda bertanya kepada wanita itu.."apakah kamu telah meracuni kambing ini ? wanita itu menjawab "ya"..baginda bertanya "mengapa ?" wanita itu menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta,orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu,tetapi jika kamu seorang Nabi,maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu.Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam.Maka mereka pun berbekam...Ibnul Qoyyim berkata "ketika Nabi SAW berbekam,baginda berbekam ditengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam"Saya katakan"demikianlah,juru bekam menjadi sebahagian prajurit Penaklukan Khaibar.Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka".Nabi SAW segera mengarah kepada sumber bahaya,iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam.Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu,sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah hadis.Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan berbekam,berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut,tetapi tidak memakai kaedah bekam.Pengunaan bekam pada sebahagian tubuh yang terkena kesan-kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya...Jika sihir itu terjadi melalui makanan dan minuman,ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia dialiran darah.Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin kedalam badan seseorang,lantas jin itu mengalir didalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya dibahagian kepala dimana jin memberikan pengaruh padanya.Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir? Kecuali dengan penggunaan Al-quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama..Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan,iaitu Al-quran dan bekam.

KESIMPULANNYA,BAGI PESAKIT GANGGUAN JIN SEPERTI SANTAU,SIHIR DAN SAKA,ANDA DIGALAKKAN BERBEKAM SEMINGGU SEKALI DIKAWASAN TENGKUK DISAMPING MENJALANI RAWATAN RUQYAH SYARIAH

20 Disember 2010

Kita Hanya Mampu Merancang.....

Dicatat oleh Cik Ina di 1:36 PTG 0 ulasan
Salam...kita hanya mampu merancang tapi ALLAH yang menentukan segalanya...aku redha atas apa yg terjadi...seperti yg dijadualkan..aku patutnya kena hadiri kursus btn..tapi disebabkan kejadian tu..aku terpaksa tarik diri..frust btul aku..yelah segala persiapan aku dah settlekan..mesti tertanya2 kenapa kan....YER..aku terjatuh dan kaki aku terseliuh..mungkin ada hikmah smua itu berlaku..aku redha walaupun aku terpaksa menanggung kesakitan yg teramat sgt...sekurangnya kesakitan yg aku alami dapat menghapus dosa2 aku..seminggu aku mc..dan hari ni baru aku msuk keja dgn kaki yg msh sakit tp still bole jalan walaupun terhenjut2..aku kena kuat nk lawan smua ni..aku tkkan tunjuk kelemahan aku..oklah tu yg mampu aku cerita..mood aku tk brp ok lagi..nnti aku dh ok..baru aku syok bercerita..tapi aku tk sabar nk tunggu hujung minggu ni..family aku nk dtg umah aku..wah..mesti meriah umah aku nanti.....

10 Disember 2010

GIVEAWAY: FROZEN RESOLLES

Dicatat oleh Cik Ina di 9:37 PG 1 ulasan

" Saya nak cuba rasa try test RESSOLES ini...=)"

09 Disember 2010

BTN oh BTN...

Dicatat oleh Cik Ina di 8:31 PG 2 ulasan
salam....dah sarapan ke??aku settle dah..aku ni jenis mkn awal klu time keja..klu hari cuti pndai lak mkn lewat...tajuk BTN tu..Yelah Biro Tatanegara..aku kena hadiri kursus BTN tu mulai 13-17 Disember 2010..5 hari aku kena tinggalkan my hubby...sedihnyaaaa....barang2 keperluan utk kursus alhamdulilah aku dah settle dah cuma gambar je aku tkde lagi..ingat ptg ni balik keja aku nk g ambik japlah...kain hitam aku pinjam gan kakak kt opis aku..baju kurung putih aku terpaksa belilah..nasib baik skrg ni tgh sale baju budak sekolah kan..aku belasah beli jer..tk beli byk..2 psg je..t-shirt putih lengan panjang pun aku beli..byk jugalah aku habis utk nak g kursus ni..sian kt aku...skrg ni kan musim hujan jer..tu yg malas gan rasa nk zzzzzz je tu...minggu depan kira aku cutilah tk jelajah blog2 yg aku suka...blog aku lagilah bersawang..hehehehhe...

06 Disember 2010

Sabtu yang penuh gan agenda...

Dicatat oleh Cik Ina di 10:36 PG 2 ulasan
Salam..cuti ke??aku kerja wooo..rajinlah katakan..jap lagi nk g ukur sogo jap..hahahaha..sabtu hr tu pepagi buta kitaorg g servis keta..yelah dh ckup time..ingatkan kita yg awal rupanya ada lagi yg awal..lama jugalah tunggu turn kitaorg...aku smpai tersenguk2 tahan mgantuk..mmg boringlah..
tuan empunya keta yg gigih menunggu dengan sabar...

bila dah selesai servis kitaorg pegi kedai tayar lak sb my hubby nk tukar tayar laling dia...masa tu dah nk kul 11..nasib baiklah juga diaorg ni buat keja cepat jugalah..


kitaorg mmg nk cepat sb nk ke Tampin, N9..ada kenduri kawin kt sana..mmg rushing gile..kul 1.30 kitaorg bertolak dr KL..highway lak jem..merangkak2..alhamdulilah sampai juga kitaorg kt taman bukit tampin 3.45ptg..gambar kt umah kenduri tk snap sb aku segan...hihihihi..mkn kejap jer tapi sembang tu yg lama..bertolak balik ke KL kul 6ptg..smpai KL dlm kul 8..sian kt my hubby..demam2 pun sanggup jalan jauh...smpai umah..buat apa yg patut terus landing..penat sgt2..ahad pulak ada 1 jemputan kawin kt putrajaya..tapi kitaorg tk g..my hubby msh tk sihat..so berehatlah kitaorg kt umah..esok cutikan..lehlah smbung rehat lagi...
 

** DiARi CiK iNa....CiK iNa DiARi...** Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez