Kufur adalah satu perkara yang bertentangan dengan iman.Ia adalah penyakit masyarakat.Kufur dan Iman adalah 2 perkara yang saling bertentangan di antara satu sama lain.Apabila iman bertapak dalan jiwa,kufur tiada.Namun jika kufur bertapak dalam hati, iman tidak ada.Sebagai umat islam, kita perlu faham konsep kufur dan iman dengan sebaik-baiknya.
KUFUR BESAR
-Kufur besar ialah kufur yang bertentangan dengan iman.Kufur besar membawa seseorang keluar dari agama dan di akhirat kelak kekal dalam neraka.Firman ALLAH bermaksud "sesungguhnya orang-orang yang kafir yakni ahli Kitab dan org-org yang musyrik akan msuk ke neraka jahanam:mereka kekal di dalamnya.Mereka itu adalah seburuk2 makhluk".
Kufur besar ini dikenali juga sebagai kufur iktikad.Apabila disebut di dalam Quran kufur maka maksudnya ialah bertentangan degan iman.kufur ini membatalkan iman dan ALLAH tidak mengampuni golongan ini klu mati dengan kufur.
KUFUR KECIL
-kufur kecil ialah perbuatan yang bertentangan dengan hukum ISlam dan ia adalah maksiat yang dilakukan dan tidak mengelurkan seseorang itu dari agama Islam.Namun pelakunya tetap diancam dengan dosa besar.Pelakunya tidak kekal dalam neraka.Dikatakan kufur kerana ada sifat-sifat kufur dalam perbuatan tersebut.Kufur kecil ini juga dikenali dengan kufur amalan,kufur nikmat.ia tidak sama dengan kufur iktikad.ALLAH telah menamakan dalam Quran orang melakukan perintah dengan iman dan menamakan orang yang meninggalkan suruhannya dengan kufur.
24 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan