26 Januari 2011

' Mood ' entah ke mana....

Dicatat oleh Cik Ina di 10:51 PG 0 ulasan
Salam...adoooo hari ni aku rasa tk sedap badan btul lah..kepala sakit siap pusing2 lagi..tapi aku tetap dtg opis..mungkin sb sebelum ni aku tk leh tido..terkebil2 mata aku..bila dh tk ckup tido..nilah akibatnya..sakit kepala...Mood lak mmg kelaut lah...hehehe aku ni biasalah kan pyakit M...ooh ya..aku rindu btul kt gambar kt bwh ni..pantai...gambar ni aku ambik masa otw nk balik ke KL bulan 11 thn lepas..aku tk ingat area mana..klu tk silap area2 marang gitulah..bilalah nk balik ni..kena plan btul2 sb rugi klu balik kejap2 ni..byk mende nk tawaf ni....ombak yg menderu mmg syok..nasib baik my hubby pun sukakan pantai..so bila balik ke kg aku..gerenti dan wajib kitaorg akan terjah pantai...


selain pntai..nilah makanan yg aku rindu sgt2..rojok kateh..sedap oooo...pelikkan nama dia..mmg nama pelik tapi rasa sedap...aku rasa smua org tganu tahu makanan ni..org2 luar tk tahu ni...klu tk silap aku kt tganu hrga sebungkus rojok kateh RM2..mkn sebungkus mana ckup kan..mesti nk lebih..hihihih..my hubby pun dah pandai mkn rojok kateh ni tau..yelah dah jadi sebahagian org tganu kan....
yg ni tk yah di perkenalkan lagi..smua org tahu...dapat yg fresh2..panas2 dr kuali tu mmg terbaikkkkk...huhuhu...rindunya aku...bukan pada mknan saje tp pada family juga....
TQ cik google utk gambar kerepok lekor & rojok kateh....

24 Januari 2011

Alhamdulilah....

Dicatat oleh Cik Ina di 4:01 PTG 0 ulasan
salam...lama aku tk update blog..keadaan tidak mengizinkan..yer aku bzzz skit akhir2 ni..maklumlah memangku PA..mestilah terkial2 nk buat keja PA..lain bidang tuu..tp aku cuba buat juga mana yg termampu..oh ye tadi aku ada dengar berita hottt...alhamdulilah..aku gumbira dia atas perkhabaran itu...ALLLAH maha adil...Terima kasih Ya ALLLAH kerana makbulkan doa hambaMU ini...

18 Januari 2011

Dia mai dahhhhh.....

Dicatat oleh Cik Ina di 10:33 PG 0 ulasan
Salam...hehehe..ingat apakan tadi..tulah keadaan yg aku alami semalam 17/1/11 time balik kerja..hr ni esok dan seterusnya aku tk tahulah mcmne..gerenti makin sesak..makanya hari ni aku gan my hubby g keja naik moto..yelah klu naik kereta kul brp nk smpai opis..ptg lak kul brp nk smpai umah..tk sanggup aku nk merempuh jem time ni...tulah padan muka aku juga sb beli umah area situ tapi setahun sekali jer kan..no hal punyalahhh...pembetulan...umah aku area jalan sungai tua ye so nk ke sana kena tempuhi juga tempat ni...short cut ada tapi faham2jelah time ni smua org nk lari dr kesesakan...layanjelah gambar yg tak seberapa..aku malas nk susun..belasah jelah labu....





ok..lupakan psl tu..alhamdulilah kerja kt tempat baru ni ok..mana yg mampu aku buat..aku akan buat..aku btul2 harap tahun ni adalah rezeki untuk aku dan my hubby..tension oooo..mana pegi org tnye..mmglah tu rezeki ALLAH..tapi bukan smua org yg memahami perasaan kita kan..ada juga manusia saje2 nak sakitkan hati kecik kita..maklumlah kita ni tkde anak kan...seolah kita ni tk sesempurna kehidupan diaorg..apalah yg mampu aku buat melainkan berdoa dan menangis merintih kepada ALLAH..hanya ALLAH sajalah yg tahu hati ni...(emo btul aku skrg ni...)

14 Januari 2011

Apa hebatnya SOLAT di awal waktu???

Dicatat oleh Cik Ina di 9:49 PG 2 ulasan
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.Rahsia warna oren ialah kreativiti.Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

11 Januari 2011

Penangan kekejaman ibu tiri

Dicatat oleh Cik Ina di 9:55 PG 0 ulasan
JOHOR BAHRU – Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terpaksa menanggung pedih didera dipercayai oleh ibu tirinya sejak tiga bulan lalu berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan mati di Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.
Lebih memilukan, kematian Nur Dania Qistina Nurafizan didakwa cuba disembunyikan oleh bapanya yang menghubungi bekas isterinya, Nur Aquilla Razali, 27, mengatakan mangsa mati kerana lemas selepas tertonggeng di dalam baldi di bilik air.Lelaki itu yang cemas sebaik melihat anaknya tidak bernafas kemudian membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 8.25 pagi sebelum Nur Dania Qistina disahkan mati 35 minit kemudian.Namun, bedah siasat mendapati terdapat 73 kesan lebam di seluruh badan Nur Dania termasuk muka, kaki dan badan dipercayai dipukul dengan benda keras atau tangan.Difahamkan, Nur Dania Qistina bersama kakak, Nur Dania Batrisyah, 5, dan adiknya, Danish Irsyad, 1, dibawa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah datuknya, Razali Ismail, 56, di Mersing, Johor.


Moral :- apa nk jadi gan dunia skrg..di mana perikemanusiaan..tergamak buat mcm tu kt budak kecik yg tk tahu apa2 tu..klu yer pun tu bukan darah daging sndiri..tkkanlah kena buat mcm tu..binatang pun tahu sygkan anak tau..klu dah tk sanggup nk jaga..bgtau awal2..biar mak kandung dia yg jaga...mmg aku emo sikit..sb mereka2 ni tk hargai apa yg ALLAH kurniakan pada mereka..anak tu amanah ALLAH..aku ckup sedih bila tgk kejadian ni..aku ni 4 tahun menunggu amanah dr ALLAH..hargailah apa yg ada...

10 Januari 2011

salam Isnin...

Dicatat oleh Cik Ina di 10:56 PG 0 ulasan
dah nk masuk tgahari baru aku terhegeh2 nk update blog..aku skrg bzzzz..biar bz tkpe janji hati hepi kan...sabtu ahad jadual kitaorg padat skit..byk jemputan..mcmnelah nk kurus mcm ni..hehehe..alasan tu...sabtu mlm aku g majlis kawin kwn opis kt felda villa...gambar aku tk snap pun sb segan..yelah ramai org kan..cntik kt situ..duit pun cntik gak kan...aku skrg mcm dh kena balik pyakit M ni..nk update blog pun M..baca bloglist aku..tu aku rajin..oklah nnti aku update lain...

05 Januari 2011

Tahun Baru..Azam Baru..Tempat Baru...

Dicatat oleh Cik Ina di 10:22 PG 0 ulasan
Salam...rasa masih tk lewat aku nk ucapkan Happy New Year untuk semua...mcmne gan azam baru???aku ???mestilah ada azam baru...tapi biarlah rahsia kan...alhamdulilah tahun baru ni permulaan baru bgi aku..ALLAH makbulkan doa2 aku dan permudahkan segala urusan aku..aku skrg bertugas ditempat yg baru..syukur...aku harap segala memori hitam dan sedih aku di unit lama aku nk lupakan..aku nk mulakan buku baru..biarlah p'puan mangkuk hayung tu berambus dr mata aku..cuma 1 aku tkkan maafkan dia smpai mati..angkara mulut jahanam dia..hati aku terluka dan terseksa..ahh biarlah dia melingkup gan dunia dia....unit baru ni ok..best..sempoi jer..terima kasih ya ALLAH kerana bg aku unit baru ni..aku hepi...lalalalalalalalallala....
 

** DiARi CiK iNa....CiK iNa DiARi...** Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez