27 Julai 2010

Pokok beracun...

Dicatat oleh Cik Ina di 12:12 PTG


Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan
keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam
di kawasan rumah,meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan
selepas membaca info ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh
dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian
sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh
kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa
maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun
yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam
mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta
dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat
bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok
hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga.

0 ulasan:

 

** DiARi CiK iNa....CiK iNa DiARi...** Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez