26 Julai 2012

Bonus raya...

Dicatat oleh Cik Ina di 9:08 PG 0 ulasan
Alhamdulilah syukur..dapat juga bonus raya tahun ni..setengah bulan gaji tu..bolelah top up skit mana yg patut..bagi kami yg tkde anak ni mungkin biasa aje persiapan raya tapi klu yg ada anak ramai tu mestilah sesak nafas jugaklah kan..nasib baiklah PM kita baik hati nak bg juga bonus tahun ni...merasa jugalah kan...tapi kena ingat juga..gaji lepas raya dapat lambat tau..pandai2lah kita bajet ye..hari ni dah 6 ramadhan, aku baru terhegeh2 nk update blog ni..aku sebenarnya malas gan tkde cite sgt..aku  kt opis ni dah rasa duk dlm freezer tau..mcm udang ikan dah aku ni...kesejukan yang melampau tau..jgn pelik klu tgk aku berbungkus kt opis...hihihihi...aku byk baca blog org je..suka tgk blogger2 tayang menu masing2..aku??tkde apa pun..takat masak simple2..alhamdulilah pose kali ni aku lebih memasak sendiri drp membeli..semlm baru pertama kali kami jejak kaki ke bazar..pusing punya pusing kami hnye beli roti bom,rojak,kuih gan air laici kang..kami berdua mmg bukak pose tk mkn nasi,nanti sahur baru mkn nasi..ramai yg kata mknan kt bazar mahal..entahlah aku pun tk tahu..baru sekali pegi kan..azam aku klu bole pose tahun ni aku nk memasak sendiri..harap2 berjayalah..ok ni lauk masa sahur pagi tadi..udang goreng rempah (aku sukahati bg nama sb aku pun tk tahu ) gan ayam goreng barbeque...plan semlm lepas merinate aku nk bakar ayam tu time sahur tapi pagi td kemalasan melanda so kita goreng jelah dlm kuali...senang kan...



20 Julai 2012

Masak2 kt opis....

Dicatat oleh Cik Ina di 9:12 PG 0 ulasan




Pagi ni kitaorg goreng nasi kt opis..yelah esok dah nk puasa kan..sebenarnya tu adalah balance nasi yg kitaorg masak semlm..bos kitaorg Puan Nurul Hanani belanja KFC semlm..kebetulan ada akak sorang tu bwk lauk..tu yg masak nasi makan ramai2 semlm...balance tulah yg kami goreng ni...hilang perfume yg aku pakai...bertukar jadi bau tumisan bwg gan cili...hehehehe...mlm ni kita dah start sahur kan...seronoknya....

Ramadhan Al Mubarak

Dicatat oleh Cik Ina di 7:29 PG 0 ulasan


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak...Alhamdulilah syukur kerana masih diberi peluang bertemu dengan bulan yg penuh kemuliaan dan kenikmatan..semoga kita sama2 dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna...insyaallah....

19 Julai 2012

Marilah Kita Beramal

Dicatat oleh Cik Ina di 3:02 PTG 0 ulasan
10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.


6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.


7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.


8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.


9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.


10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

11 Julai 2012

Jamuan perpisahan

Dicatat oleh Cik Ina di 4:04 PTG 2 ulasan

Salam..lama tak update kan..biasalah mcm tak kenal aku ni kan..ikut mood memanjang..hr ni unit aku ada buat jamuan perpisahan utk Puan Nurul & En Ali sempena pertukaran mereka ke unit arkitek..makin lenganglah jwbnya unit aku ni..so utk majlis ni kitaorg jemput khas bos yg sedang bercuti panjang utk sama2 dlm jamuan ni..ckp byk buat apa..jom layan gambar..sorilah gambar berterabur..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

05 Julai 2012

Fadilat Bulan Syaaban

Dicatat oleh Cik Ina di 8:15 PG 0 ulasan
 Artikel ni aku copy dari www.ikim.gov.my sebagai tatapan buat kita semua...

Islam memberikan pelbagai peluang keemasan yang seharusnya diterokai dan diikuti oleh setiap penganutnya. Peluang yang diberikan oleh Islam ialah dengan memberikan pelbagai tawaran dan ganjaran yang akan diperolehi sekiranya mereka berusaha untuk mematuhi ajarannya. Inilah yang mencorakkan keindahan ajaran Islam. Semua ini bertindak sebagai pencetus daya motivasi mereka untuk terus berusaha dan bekerja di samping mengejar segala kebaikan dan menjauhi segala kejahatan. Kelebihan yang baik itu seterusnya diberikan hanya kepada mereka yang berusaha mencari kebaikan dan menghapuskan kejahatan.
Salah satu peluang yang mesti direbut itu adalah mengejar kebaikan yang hanya diberikan oleh Allah dalam bulan-bulan tertentu dan tidak pada bulan-bulan yang lain. Jika ada, ganjaran di bulan tersebut tentunya lebih baik lagi jika dibandingkan dengan kebaikan yang ada pada bulan-bulan yang lain. Sesungguhnya, setiap ganjaran akan diberikan oleh Allah kepada para hambaNya dalam bulan-bulan tertentu. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesungguhan mereka berusaha dan beramal, malah ini untuk kebaikan mereka juga. Inilah peluang keemasan yang semestinya mereka kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Sudah tentu, mereka pula janganlah semata-mata ingin memperolehi ganjaran itu, tetapi yang lebih utama adalah mendapatkan keredhaan Allah, dan inilah yang lebih penting. Kerana ganjaran baik itu akan mereka perolehi jika Allah meredhai amalan mereka.
Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.
Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar, kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W bermaksud, Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.
Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid. Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.
Seterusnya bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Di samping memohon doa, umat Islam juga digalakkan untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka dalam bulan ini. Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba�, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.
Inilah antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya dalam bulan Syaaban. Allah yang bersifat Maha Pemurah akan tetap memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga adalah sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan amalan dan usaha mereka. Mereka hendaklah merebut peluang keemasan ini untuk kejayaan mereka di dunia dan di akhirat selagi hayat di kandung badan. Ini juga bertepatan dengan maksud hadis Rasul S.A.W bermaksud, Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa muda sebelum datangnya masa tua, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk, masa senang sebelum datangnya masa susah, masa sihat sebelum datangnya sakit dan masa hidup sebelum datangnya mati.

02 Julai 2012

2/7/2012 - takde idea nk bg tajuk...

Dicatat oleh Cik Ina di 12:57 PTG 0 ulasan
Assalamualaikum...hari ni dah 2 Julai kan...kejap je masa berlalu...tengahari aku baru terhegeh2 nk update blog..aku hari ni masuk lambat skit opis sb pagi td takleh bangun...sakit pala mcm nk pecah...aku klu salah mkn skit gini lah jadinya...almaklumlah usia makin bertambah ni..mcm2lah yg timbul..tapi aku dah bole agak dah..klu aku sakit pala mcm  nk pecah ni mesti ada yg aku mkn ni tak berapa fresh..maksud aku ikan/udang/sotong/ayam...susahlah mcm ni..tu pun sian my hubby sb kena picitkan pala aku ni dan iron baju aku..Tq abg..aku btul2 tk larat pg tadi..ikutkan hati nk EL je..tapi tk maulah buat mcm tu..sb ni kan periuk nasi kita..klu btul2 takleh bangun barulah kita EL..aku tak mau ajar diri aku dah..keberkatan tu penting..semlm ahad aku dah jnji gan adik aku yg lelaki nk cri brg2 door gift dia...ikut plan dia kata nk mai  umah aku pagi..pas subuh aku apa lagi bersilatlah kt dapur memasak lauk..sb dia nk mkn masak lemak siput sedut..sengaja aku masak awal sb nanti balik beli brg tk yah aku nk masak2 lg..gan badan penat2..kul 9 pagi aku settle masak..kul 9.45 call adik aku..adoooo aku ingatkan dh nk smpai rupanya dia baru bangun tido...acaner tu???klu aku tahu mcm ni baik pas subuh td aku tido...al jawabnya tengahari jugalah...kul 12 br dia smpai gan tunangnya...pas mkn2 tgk jam dah nk zuhur..solat dulu baru kitaorg kuar...1 chow kit kitaorg redah..dah empunya badan nk yg murah..klu ikut aku tkde maknanya aku  nk redah chow kit tu..gan panas..gan org terpekik2..smua ada lah...last beli lah juga tu pun sb adik aku ni sendiri dah tak larat nk jalan...klu dia tk larat..aku lagi lah...pas settle terus kitaorg balik..pecah rekod semlm...pasni tugas akulah pulak utk packing brg2 tu..tkpelah slow2 aku buat..janji kena settle sebelum balik raya..sb aku nk bwk balik smua tu time balik kg...2 tahun berturut family aku ni terima menantu..tinggal yg bongsu jer..tu pun lambat lg..sb masih belajar...oklah aku nk g cafe jap..tgk apa yg ada..nk kuar malaslah..jamtangan aku ni dah mati..ingat nk tukar bateri...takpelah balik karang kita singgah Giant batu caves..byeeeee...
 

** DiARi CiK iNa....CiK iNa DiARi...** Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez