12 November 2012
Sekadar luahan hati....
hai..amboi tajuk tak hengat dunia kan aku ni...tak salahkan sb ni blog aku aka diari hdup aku...tahu apa TTC? TRY TO CONCEIVE ...rupanya ramai kat luar senasib gan aku..kenapa aku tak labelkan blog aku ni sebagai blog TTC? jawabnya...entahlah...tapi hari2 intai blog rakan2 TTC sebagai silent reader...aku juga tumpang gembira apabila ada dikalangan mereka yang berjaya...tahniah!!..sesungguhnya dugaan yg di rasa oleh semua TTC dah aku alami...cumanya aku tak tulis kat sini..biarlah aku pendam...tempoh masa 6 tahun bukan jangkamasa yang singkat..alhamdulilah kami masih mampu bertahan..pelbagai kata2 hinaan kami telan hanya kerana kami tidak memiliki zuriat???siapa kami yang nak mempertikai ketentuan yang ALLAH tetapkan untuk kami..aku tak penah minta untuk di uji dengan ujian seberat ni..aku rasa hanya golongan TTC sahaja yang memahami perasaan seperti aku ni..org senang ckp..tak buat treatment ke??tak jumpe pakar ke??perlu ke aku bgtau semua org yang aku buat treatment??yg aku dah jumpe doktor pakar??sb tu kekadang aku malas bergaul gan org..sb bukan smua org yg memahami hati ini...bila mengimbau kenangan lalu...mmg air mata aku tak mampu aku tahan...kalaulah "permata hati kami" masih ada..alangkah bahagianya hdup kami...mungkin ada hikmah yg kita tidak ketahui...aku tk penah putus asa untuk berusaha dan terus berdoa...Semoga esok masih ada untuk kami berdua....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan